Hyundai dedah imej acah baharu SUV cilik Bayon

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai baru-baru ini telah mendedahkan beberapa keping gambar acah baharu untuk model SUV segmen B yang dikhususkan untuk pasaran Eropah, Hyundai Bayon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan, ia bakal memasuki pasaran tersebut sebelum separuh pertama tahun 2020 melabuhkan tirainya.

Kali pertama Hyundai mendedahkan imej acah SUV tersebut pada November tahun lalu yang menampilkan gambaran pada sudut belakang, serta sebahagian daripada grafik unit lampu belakang.

 


Untuk teaser terbaharu, Hyundai mula menampakkan beberapa sudut yang berbeza, termasuklah sebahagian daripada muka hadapan SUV tersebut.

Membawakan elemen yang sama pada Sonata dan Elantra, Hyundai Bayon juga akan menampilkan sambungan lampu LED merah yang menghubungkan unit lampu kiri dan kanan, sementara bahagian hadapan pula membawakan rekaan lampu terpisah - lampu LED DRL pada bahagian atas dan lampu utama di bahagian bawah.

Menurut Hyundai, model baharu Bayon ini akan turut membawakan identiti Sensuous Sportiness, bahasa rekaan terkini yang ditampilkan oleh Hyundai menerusi model-model terbaharu seperti Sonata dan Elantra.

 


Selain daripada itu, Hyundai Bayon akan berkongsi banyak komponen dengan hatchback i20, termasuklah rekaan papan pemuka dan sebahagian daripada penawaran trenkuasa daripada model tersebut.

Hyundai Bayon mendapat namanya daripada sebuah bandar di selatan Perancis, Bayonne dan nama ini dipilih memandangkan ianya merupakan sebuah crossover yang dihasilkan khusus untuk pasaran Eropah.

Untuk pasaran sana, Hyundai Bayon akan diposisikan di bawah model Hyundai Kona dan hanya akan didapati dalam konfigurasi pacuan roda hadapan sahaja.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Hyundai Bayon (disebut sebagai bye-onn) mendapat namanya daripada sebuah bandar di wilayan Basque…
Berita Global
Difahamkan, Hyundai Bayon ini merupakan sebuah crossover aras mula (entry-level) yang dikhususkan…