Hyundai bangunkan sistem cruise control kepintaran buatan pertama di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Dengan adanya teknologi kepintaran buatan (Artificial Intelligence) yang mampu mempelajari kelakuan pemandu, ciri bantuan pemanduan seperti kawalan pemanduan (cruise control) kini naik ke satu peringkat yang lebih tinggi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah apa yang cuba dibawakan oleh Hyundai menerusi Machine Learning-based Smart Cruise Control (SCC-ML), di mana sistem ini akan 'mempelajari' kecenderungan pemandu, serta skil pemanduan di atas jalan raya.

Dari situ, sistem akan merangka satu program 'kelakuan' maya yang menunjukkan bagaimana ia seharusnya beraksi di atas jalan raya. 

 


Teknologi ini akan menggunakan ciri kepintaran buatan dan mengintegrasikannya di dalam Advanced Driver Assitance System (ADAS) bagi memperbaiki tahap keberkesanan pemanduan semi-autonomi yang terdahulu, menurut wakil daripada Hyundai Group, Woongjun Jang.

Dengan sistem AI yang mampu memahami bagaimana kelakuan pemandu di atas jalan raya - khususnya dalam aspek mengekalkan jarak dan pecutan, SCC bakal membolehkan kenderaan tersebut dipandu secara semi-autonomi menggunakan algoritma yang sama. 

 


Informasi yang dipelajari itu akan dikemaskini secara kerap menggunakan sistem penderia dan ia akan menzahirkan gaya pemanduan pemandu itu sendiri apabila sistem ini diaktifkan.

Namun, Hyundai telah menetapkan bahawa SCC-ML ini tidak akan mempelajari gaya pemanduan yang tidak sihat. 

Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang buruk dan tidak diingini berlaku, dimana pemilik kenderaan lebih gemar bersikap lepas tangan terhadap keselamatan para pengguna jalan raya yang lain akibat terlalu bergantung kepada teknologi. 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sasaran itu bakal dicapai melalui gabungan jualan model elektrik Hyundai Motor, Kia dan Genesis…
Berita Global
  Selepas kereta berhenti, ACR berkomunikasi dengan IONIQ 6 untuk membuka pelindung slot…
Berita Global
  Berikut adalah ciri-ciri asas robot Hyundai: Pergerakan secara autonomi menggunakan Light…