Hypercar Naran mampu pecut 0-96 km/j sepantas 2.3 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada pendatang baharu di dalam arena hypercar, Naran menerusi pengenalan model sulung mereka yang juga digelar sebagai Naran (masih ingat Ferrari La Ferrari?).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hypercar Naran ini merupakan sebuah 'hyper coupe' yang diinspirasikan daripada jentera GT3, di mana ia memperoleh kuasa daripada enjin perlumbaan daripada BMW M8 bentangan V8 turbo berkembar 5.0 liter (daripada sesaran asal 4.8 liter) yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,034 hp dan 1,036 Nm daya kilas.

 


Dengan kuasa yang menggila hasil sentuhan Racing Dynamics itu, ia mampu membenarkan Naran memecut sepantas 2.3 saat dari 0-100 km/j dan mencapai kelajuan 161 km/j dalam masa 4.56 saat.

Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi automatik ZF dengan opsyen untuk bertukar kepada sistem pacuan roda belakang sahaja bila perlu.

 


Antara ciri lain yang dilengkapkan termasuklah sistem suspensi double-wishbone spesifikasi perlumbaan, bar anti-oleng boleh laras, sistem penyerap hentakan Ohlins boleh laras, rak stereng hidraulik perlumbaan, brek seramik karbon dan juga bearing sferikal untuk input stereng yang lebih baik.

Disebalik rupa yang menawan itu, Naran telah menggunakan casis M8 yang diperoleh daripada BMW yang telah dimodifikasi secara berat untuk memuatkan subrangka baharu, gandar, sistem suspensi yang disebutkan tadi bagi menjadikan ia sebuah supercar yang sempurna.

 


Aspek rekaan luaran menerima sentuhan daripada Jowyn Wong, insan yang bertanggungjawab disebalik Apollo IE dan De Tomaso P72.

Penampilan yang dinamik ini disumbangkan oleh penggunaan splitter hadapan, diffuser belakang, sirip aero sisi yang berfungsi, serta rim karbon hibrid bersaiz 22 inci.

Walaupun nampak seperti sebuah jentera lumba Le Mans, akan tetapi ia memiliki berat sekitar 1,620 kg sahaja, jauh lebih ringan berbanding sebuah Mercedes-AMG C 63 S Coupe, selain mampu menjana lebih daripada 400 kg daya turun.

 


Menurut ketua projek pembangunan Naran, Steve Pegg yang merupakan COO Naran Automotive, dalam satu simulasi yang dijalankan, hyper coupe ini mampu untuk mengelilingi Litar Nurburgring sekitar enam minit 40 saat dengan menggunakan faktor tayar Pirelli Trofeo R.

Proses pemasangan Naran ini akan dibuat di Racing Dynamics, Aachen, Jerman dengan kadar dua unit dalam masa satu bulan, sebelum kesemua 49 unit dihantar kepada pelanggan.

Menurut Naran Automotive, kesemua 49 unit Naran yang akan dihasilkan akan mengikut spesifikasi yang ditentukan sendiri oleh pelanggan, selain berpeluang untuk menentukan nama spesifik untuk setiap unit, sesuatu yang biasanya dibuat pada bidang penghasilan kapal layar mewah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Nama yang tidak asing dalam persaingan kelajuan tertinggi, Koenigsegg dilapor bakal memecahkan…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…