Hukuman RM10,000 menanti Mat Rempit

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan mencadangkan hukuman yang lebih berat untuk pelumba haram atau Mat Rempit di bawah Akta Pengangkutan jalan 1987 bagi membendung gejala itu.

Pindaan itu juga termasuk meningkatkan lagi denda minimum kepada RM5,000 dan denda maksimum RM10,000 jika individu disabit bersalah mengambil bahagian dalam perlumbaan haram.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

Buat masa sekarang, hukuman bagi lumba haram cuma RM300.

Pindaan itu juga mahu mendenda ibubapa yang membenarkan anak yang berusia di bawah 18 tahun untuk berlumba haram.

Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak juga berkata antara pindaan lain ialah untuk memaksa syarikat insurans meningkatkan jumlah premium untuk penunggang motosikal yang ditangkap berlumba haram.

Penggunaan kamera juga akan digunakan bagi mengesan dan mengecam pelumba haram dan juga penontonnya.

Isham berkata kamera akan diletakkan di lokasi strategik untuk memastikan ia mampu menghentikan aktiviti merbahaya itu.


 

Berita Berkenaan

Informasi
  Golongan itu mengakui, pertaruhan melibatkan cikaro atau bohsia tidak lagi diamalkan ke­rana…
Berita Domestik
  “Kita telah mendapat arahan daripada pihak Kementerian Pengangkutan untuk meneliti semula dan…
Informasi
  Dan gambaran buruk itu dihangatkan lagi dengan kejadian kemalangan membabitkan tiga penunggang…