HUAWEI LANCARKAN PENGECAS EV ULTRAPANTAS DI CHINA DENGAN 600KW

oleh Firdaus Razani|
Siapa sahaja tidak mengenali syarikat teknologi iaitu Huawei yang pernah menghangatkan pasaran teknologi di Malaysia dengan pelbagai peranti pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di negara asal mereka iaitu China, Huawei baru-baru ini menghangatkan lagi dunia teknologi dan automotif dengan stesen pengecasan EV yang lebih pantas.

Syarikat Huawei Technologies kini sedang merancang untuk memasang 100,000 stesen pengecas EV pantas di China bermula pada tahun ini.

Dalam menyediakan infrastruktur untuk kenderaan mengecas dengan pantas, terdapat unit pengecasan Huawei yang mengecas dua kali ganda lebih pantas daripada Tesla.

Didapati stesen pengecasan yang mengiklankan jarak satu kilometer untuk setiap saat pengecasan boleh didapati di tempat letak kereta pusat beli-belah di bandar asal Huawei di Shenzhen.

Tambahan itu, pada stesen pengecasan tersebut, ada menunjukkan simbol “600kW" di bawah logo Huawei.

 

huawei

 

Anak syarikat Huawei, iaitu Huawei Digital Power adalah yang bertanggungjawab untuk membangunkan bahagian pengecas ultrafast tersebut dan kini masih dalam penerokaan berskala penuh.

Liu Dawei dari Huawei Digital Power berkata "Kami memerlukan pengecasan 1 km sesaat untuk memberi pemandu pengalaman yang sama seperti mengisi minyak”.

Syarikat itu merancang untuk memasang sejumlah 100,000 unit pada 2024, ia termasuk pengecas 250 kW, di lokasi seperti kemudahan komersial dan kawasan perkhidmatan lebuh raya.

Jika ambil kira dari kenyataan oleh Huawei “satu kilometer, satu saat”, maka EV yang dilengkapi dengan bateri 80 kW/j dan jarak 600km secara teorinya boleh mengecas penuh dalam masa lapan minit.

Ketika ini, keluaran pengecas sebanyak 600kW merupakan antara yang paling tertinggi di dunia dan jika dibandingkan dengan Pengecas Super Tesla, ia hanya mempunyai output maksimum 250kW.

 

huawei

 

Menurut Huawei, pengecas keluaran mereka boleh digunakan pada semua EV termasuk Tesla.

Walaupun peningkatan output pengecas dapat meningkatkan haba, namun Huawei akan atasi perkara tersebut dengan sistem penyejukan menggunakan cecair penyejuk.

Selain menjadi sebuah syarikat telekomunikasi, Huawei juga turut terlibat dalam stesen pangkalan selular dan penjanaan tenaga solar.

Dalam pembangunan pengecas EVnya, Huawei juga telah menggabungkan teknologi komunikasi dan rintangan cuaca yang diperolehi di kawasan tersebut melalui penjanaan solar.

huawei

 

Menurut Perikatan Promosi Infrastruktur Pengecasan Kenderaan Elektrik China, sehingga penghujung 2023, China kini mempunyai 2.7 juta stesen pengecas awam.

Jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat 40 peratus pada 2024 walaupun hanya beberapa stesen pengecasan yang akan menyokong pengecasan pantas.

Sejak 2014 hingga November tahun lalu, Tesla telah memasang lebih 11,000 stesen pengecasan pantas dan masih mendahului dalam pembangunan rangkaian pengecas pantas.

Pada 2023, Tesla akan membuka beberapa stesen pengecasan yang boleh digunakan oleh EV jenama lain kerana kebanyakkannya ketika ini hanya boleh mengecas kenderaan Tesla sahaja.

 

xpeng

 

Sehingga Ogos 2023, lebih 200 lokasi yang mempunyai pengecasan ultrapantas dengan output maksimum sehingga 480kW yang dipasang oleh syarikat EV China iaitu Xpeng Motors.

Jika pengecas ultrapantas Huawei serasi dengan semua pembuat kereta, maka ia akan memberi peluang kepada syarikat pembuat EV lain dari China menghasilkan EV dengan sokongan pengecasan pantas.

Buat masa kini, Huawei lebih memberi tumpuan untuk pasaran di China sahaja, namun ia tidak menolak peluang untuk memperluaskan teknologi mereka itu ke peringkat global.

 

SUMBER : NikkeiAsia

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Liu Luochuan, pengarah pusat penyelidikan pembangunan strategik di Dongfeng Motor…
Berita Global
Imej tunggal sedan elektrik Luxeed (kod nama EH3) itu dikongsikan sendiri oleh CEO Huawei…
Berita Global
Namun, semua sekatan itu tidak menghalang syarikat itu dari terus berkembang maju, menurut laporan…