Huawei hasilkan lesen paten teknologi untuk pelbagai pengeluar kereta jenama Eropah

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Seperti kita semua maklum, syarikat peranti dan teknologi terkenal dari China, Huawei telah menerima sekatan perniagaan dari US hingga menyebabkan syarikat itu menerima tekanan yang hebat sehingga kehilangan hak untuk menerima servis dari Google bagi telefon pintarnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, semua sekatan itu tidak menghalang syarikat itu dari terus berkembang maju, menurut laporan dari Nikkei Asia, Huawei kini telah melesenkan paten teknologinya kepada pengeluar kereta jenama terkenal seperti Mercedes-Benz, Audi, BMW dan Porsche.

Perjanjian lesen paten itu telah dicapai pada suku kedua tahun 2022, hal tersebut membolehkan teknologi dari Huawei digunakan dalam 15 juta kereta dari 70 juta kereta yang dihasilkan secara global setiap tahun.

 

Huawei tech

 

Selain 4 jenama gergasi Jerman itu, Huawei turut menandatangani perjanjian dengan pengeluar kereta negara lain iaitu Subaru, Renault, Lamborghini dan Bentley.

Wakil Huawei berkata pada Nikkei, "Dalam industri automotif sahaja, kami mencapai perjanjian dengan 15 pengeluar kereta untuk menggunakan teknologi tanpa wayar termaju kami, apa yang paling penting ialah paten Huawei menjana nilai dalam pelbagai cara yang berbeza."

Selain paten untuk teknologi dalam sektor automotif, Huawei telah menghasilkan pelbagai paten untuk teknologinya, terutama sekali teknologinya yang berkaitan dengan komunikasi tanpa wayar 5G.

Berita Berkenaan

Berita Global
Di negara asal mereka iaitu China, Huawei baru-baru ini menghangatkan lagi dunia teknologi dan…
Berita Global
Menurut Liu Luochuan, pengarah pusat penyelidikan pembangunan strategik di Dongfeng Motor…
Berita Global
Imej tunggal sedan elektrik Luxeed (kod nama EH3) itu dikongsikan sendiri oleh CEO Huawei…