Hot Rocket Sim Racing Division, RaceRoom Sim Racing Centre promosi perlumbaan simulasi di Malaysia

oleh Penyumbang Rencana|
P erlumbaan simulasi atau lebih dikenali sebagai “Sim Racing” merupakan istilah kolektif untuk perisian permainan perlumbaan yang cuba mensimulasikan suasana sebenar perlumbaan. Ianya lengkap dengan pembolehubah dunia sebenar seperti penggunaan bahan api, kerosakan, kehausan dan cengkaman tayar serta tetapan sistem gantungan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baru-baru ini, Hot Rocket Racing Club telah bekerjasama dengan RaceRoom Asia untuk memasuki dunia perlumbaan sim bagi memupuk bakat dikalangan pemain Malaysia dalam “Sim Racing”.

Bertempat di “RaceRoom Racing Experience”, Ara Damansara itu, mereka melancarkan sesi “Race all you want” untuk semua ahli Hot Rocket.

 

RaceRoom


Permulaan kerjasama ini bertujuan untuk merancakkan suasana “Sim Racing” di Malaysia, dengan mengadakan perlumbaan sim bulanan di RaceRoom dan menawarkan latihan percuma kepada semua ahli Hot Rocket.

Pengasas dan Presiden Hot Rocket Racing Club, Terry Kuan berkata, “Hot Rocket berharap untuk mencari bakat tempatan dan membawa mereka keluar ke laluan kompetitif. Untuk berdaya saing dalam perlumbaan sim, pemandu mesti memahami semua aspek pengendalian kereta dengan pembolehubah dunia sebenar seperti penggunaan bahan api, kerosakan, kehausan dan cengkaman tayar serta tetapan suspensi”.

”Peserta yang beraksi pada tahap yang luar biasa akan dipilih untuk program pembangunan pemandu kami untuk berlatih bersama rakan kongsi Axle Sports kami yang lain dan dilatih oleh Alex Yoong sendiri”

Terry Kuan juga mengatakan, “Kami merancang untuk menyuntik bakat-bakat ini dengan menyediakan mereka untuk perlumbaan berprofil tinggi, pemandu berprestasi tertinggi akan ditaja untuk mewakili Pasukan Hot Rocket Racing Club. Kami berharap dapat memberi inspirasi dan memupuk anak muda Malaysia untuk mencapai potensi tertinggi mereka dan membawa warna bendera negara kita ke pentas dunia’’.

 

RaceRoom


RaceRoom merupakan rakan kongsi dalam bahagian “Sim Racing” Hot Rocket, ianya merupakan perisian simulasi perlumbaan percuma untuk bermain terulung yang berpangkalan di Jerman.

Jason Chong yang merupakan pengedar tunggal perisian & perkakasan RaceRoom untuk seluruh Asia dan merupakan rakan kongsi perniagaan Klaus Wohlfarth yang merupakan Pengasas RaceRoom Entertainment AG.

Kelengkapan pemula untuk pemain baru kepada “Sim Racing” hanya memerlukan konsol permainan/komputer, pelantar sim, skrin tv dan sambungan internet untuk menyertai perlumbaan rasmi di seluruh dunia. Ini adalah jauh lebih murah berbanding kos yang digunakan dalam dunia perlumbaan sebenar.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Bagi mereka yang tidak berkesempatan (dan tidak berkemampuan) untuk membeli Civic Type R FL5, anda…
Berita Global
Namun, untuk mereka yang mahu merasai sendiri sentuhan Lamborghini, pengeluar supercar dari Itali…