Lamborghini, Secretlab lancar kerusi gaming!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia permainan video, jentera-jentera Lamborghini merupakan antara pilihan yang tidak asing lagi untuk kebanyakan pemain-pemain perlumbaan maya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, untuk mereka yang mahu merasai sendiri sentuhan Lamborghini, pengeluar supercar dari Itali itu kini bekerjasama dengan Secretlab dengan melancarkan produk terbaharu berbentuk kerusi gaming.

Ditawarkan dalam dua versi, iaitu versi aras mula standard dan versi 'Pinnacle Edition', versi yang lebih mahal didatangkan dengan kemasan gentian karbon, serta plush Alcantara di mana kombinasi dua bahan ini adalah sama seperti yang ditawarkan pada model-model jalanan Lamborghini.
 

Lamborghini


Selain itu, ia juga menampilkan warna aksen Verde, diikuti dengan logo sulaman Lamborghini pada bahagian tempat menyandar.

Kerusi gaming Secretlab merupakan antara produk pilihan yang popular di kalangan gamer elit, dan ia telah digunakan lebih daripada 1 juta penduduk di seluruh dunia sejak dilancarkan pada tahun 2014.

Tiada sebarang harga diumumkan, namun Secretlab mengesahkan kerusi gaming ini bakal muncul di pasaran pada tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Didatangkan dalam tiga model pilihan, kesemua model kerusi gaming ini diinspirasikan daripada model…