Hot hatch Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023, 421 hp, 500 Nm, dari RM509,888

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada trio sedan A-Class facelift, Mercedes-Benz Malaysia turut sama membawakan hot hatch yang dinanti-nantikan ramai, iaitu Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 421 hp @ 6,750 rpm dan daya kilas 500 Nm @ 5,000-5,250 rpm, dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift DCT lapan kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 270 km/j.
 

A45s


Antara kelengkapan wajib untuk luaran hot hatch ini termasuklah suspensi AMG RIDE CONTROL, AMG DYNAMIC SELECT, penggayaan luaran AMG Bodystyling, AMG Night Package dan AMG Aerodynamic Package, diikuti dengan rim aloi AMG 19 inci dan unit lampu LED MULTIBEAM dengan fungsi Adaptive Highbeam Assist Plus.

Sementara untuk ruang kabin pula didatangkan dengan tempat duduk AMG Performance Seat Pacakge Advanced, Multicontour Seat Package, roda stereng AMG Performance balutan kulit Nappa/MICROCUT, upholsteri kulit ARTICO/MICROCUT, tali pinggang keledar MANUFAKTUR berwarna merah, serta beberapa aksesori wajib AMG.
 

a45s


Sama seperti model A-Class standard, A 45 S 4MATIC turut dilengkapi dengan skrin kluster digital 10.25 inci, skrin MBUX 10.25 inci, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pengecasan peranti pintar tanpa wayar, serta paparan head-up.

Ciri spesifik AMG yang disertakan adalah seperti AMG Driver’s Package, AMG Real Performance Sound serta fungsi AMG TRACK PACE.
 

a 45s


Mercedes-Benz Malaysia turut menawarkan varian AMG Street Style Edition dengan kehadiran ciri unik seperti AMG Night Package II, jeriji spesifik AMG yang digelapkan, trim AMG gelap/aluminium jingga Street Style Edition, liveri khas, rim tempa AMG 19 inci, serta tempat duduk balutan kulit ARTICO/MICROCUT AMG hitam dengan jahitan kontras jingga.

Harga jualan Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023 bermula dari RM509,888 sementara versi istimewa Street Style Edition pula dijual pada harga RM539,888.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan setakat warna, badan kereta meriah dengan logo AMG yang besar pada bonet dan 45 S pada…
Berita Domestik
Kekosongan itu kini diisi dengan model 'standard' Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ tanpa sebarang…