Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition, hanya ditawarkan pada tahun 2024 sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024
Mercedes-Benz lebih terbuka dalam penawaran warna untuk A Class sebagai contoh anda boleh mendapatkannya dalam warna kuning.

Model sebelum itu pula didatangkan dalam warna biru dan hijau. Bayangkan C, E atau S Class dalam warna kuning? Pelik rasanya.

Terbaru Mercedes-AMG memperkenalkan A 45 S 4MATIC+ Limited Edition yang dibuat dalam warna khusus AMG green hell magno.

Sebagai sebuah model edisi terhad, penawarannya bukan berdasarkan jumlah pengeluaran tetapi sehingga penghujung 2024 sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024

 

Bukan setakat warna, badan kereta meriah dengan logo AMG yang besar pada bonet dan 45 S pada pintu. 

Idea sebegini biasa dibuat pemilik namun lebih 'ori' jika dikeluarkan sendiri Mercedes-AMG.

Model Limited Edition ini dipakaikan rim 19 inci warna hitam kusam dan jaluran kuning pada bingkai dan rongga.

Jaluran kuning turut digunakan pada sekeliling kereta dan memang meriah, lari daripada kebiasaan kereta Eropah yang tampil anggun dan sederhana.

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024

 

Angkup brek diwarnakan hitam dan memaparkan logo AMG warna putih.

Lagi kelengkapan khas seperti penutup tangki minyak dengan logo AMG dan pancaran grafik AMG di atas jalan apabila pintu dibuka.

Lebih lengkap, Mercedes-AMG menawarkan tiga pakej berikut:

AMG Night Package

  • Riasan hitam dan hitam kilat pada pemisah depan, perumah cermin sisi dan tepi kereta
  • Cermin belakang dengan filem penapis haba gelap

AMG Night Package

  • Bilah jeriji warna gelap, logo krom hitam pada dapra depan dan pintu but, pemegang pintu, logo bintang Mercedes pada badan dan roda

AMG Aerodynamics Package

  • Kit badan yang dibangunkan di dalam terowong angin
  • Perkakasan khas dan sayap belakang kekal AMG
  • Meningkatkan daya mendap dan karakteristik pemanduan pada kelajuan tinggi
Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024

 

Bahagian dalam model Limited Edition istimewa dengan kerusi AMG balutan kulit ARTICO dan mikrofiber MICROCUT.

Riasan kuning sekali lagi digunakan iaitu pada kerusi, panel pintu dan papan pemuka.

Stereng AMG dibalut kulit dan mikrofiber MICROCUT dan sulaman kuning. Pelapik alang pintu turut memaparkan logo AMG dalam warna kuning.

Lagi perkakasan AMG boleh dilihat pada alas kaki dan lengkap dengan tulisan 45 S selain sulaman kuning.

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024

 

Enjin AMG 2.0 liter turbo empat silinder menghasilkan 421 kuasa kuda (hp) dengan pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 3.9 saat.

Kelajuan maksimum dihadkan kepada 270 km/j.

Sistem pacuan semua roda AMG Performance 4MATIC+ dan AMG TORQUE CONTROL memberi sumbangan besar dalam membentuk pengalaman pemanduan yang dinamik.

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024

 

Gandar belakang mempunyai dua cekam pelbagai plet kawalan elektronik. Setiap satu bersambung dengan aci pacu pada gandar belakang.

Pakej tersebut bukan sahaja membahagikan tujahan pemanduan secara boleh ubah di antara gandar depan dan belakang tetapi juga di antara roda belakang kanan dan kiri.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ Limited Edition 2024