Honda umum kei-car N-BOX generasi ketiga – terap rekaan Man Maximum/Machine Minimum

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jepun mengumumkan ketibaan model kei-car N-BOX generasi ketiga yang bakal dilancarkan pada musim luruh tahun ini, di mana sesi pra-tempahan akan dibuka pada bulan Ogos.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan N-BOX generasi ketiga ini dilihat mengekalkan bentuk asas yang berpetak, namun ia telah diberikan nafas baharu untuk menjadikannya lebih malar segar, dan sesuai digunakan oleh seisi keluarga.
 

NBOX


Bukan itu sahaja, konsep rekaan Man Maximum/Machine Minimum turut diterapkan pada N-BOX baharu ini, bertujuan untuk menyediakan ruang kabin yang terluas di dalam kelasnya, serta menjadikan medan penglihatan yang tidak terganggu untuk pemanduan seharian.

Varian N-BOX standard menampilkan unit lampu dengan DRL berbentuk bulat seakan bentuk mata manusia, diikuti dengan bentuk jeriji yang lebih ringkas, serta komponen seperti pelindung rim dan pemegang pintu mengikut warna badan.
 

NBOX


Sementara varian N-BOX CUSTOM pula membawakan unit lampu LED jenis projektor, lampu nyalaan siang DRL LED yang lebih ringkas, jeriji hadapan berbentuk tiga dimensi, serta unit lampu belakang kombinasi dengan perumah jernih yang sama seperti model-model N-BOX CUSTOM yang terdahulu.

Selain itu, N-BOX CUSTOM juga turut tampil dengan aspek aerodinamik yang tersendiri untuk penampilan yang lebih bergaya.

Pembeli juga boleh mendapatkan kemasan krom gelap pada sesetengah tempat, diikuti dengan pilihan warna dua tona dengan bumbung berwarna hitam.
 

NBOX


Susun atur dan penawaran pada ruang kabin sememangnya membuktikan Honda pakar dalam memanipulasi bahagian tersebut untuk tampak lebih luas dan praktikal.

Seperti contoh, rekaan bangku yang hampir rata, tempat meletakkan barang untuk penumpang belakang, tempat berpaut untuk memudahkan urusan keluar dan masuk, serta glove box yang besar di hadapan.

Honda N-BOX dilengkapi dengan skrin kluster digital tujuh inci TFT, diikuti dengan skrin Honda CONNECT sebesar sembilan inci di bahagian tengah yang turut menyokong sistem navigasi dan Wi-Fi.
 

NBOX


Aspek keselamatan N-BOX diperkukuhkan dengan ciri Honda SENSING yang merangkumi fungsi kawalan pecutan mendadak, brek pengelakan pelanggaran jarak dekat, serta fungsi lain seperti pengecaman papan tanda, kawalan jelajah adaptif, bantuan pengekalan lorong, bantuan suluhan tinggi dan sistem kamera keliling.

Tiada sebarang info berkenaan trenkuasa N-BOX generasi ketiga ini, besar kemungkinan ia akan mengekalkan nadi tiga silinder 660 cc aspirasi natural (NA) atau dengan induksi paksaan turbo yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 64 PS.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lihat sahaja pada dua projek terawal yang telah siap sebelum ini, iaitu Mars (menggunakan asas…
Berita Global
Untuk makluman, kedua-dua model Flair Wagon ini sebenarnya diubah lencananya daripada model Spacia…
Berita Global
Salah satu daripada model yang bakal dipamerkan ialah Suzuki Swift Concept. Model Swift Concept…