Honda tutup sementara tempahan Civic di Jepun, masalah bekalan cip masih berlaku!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor semakin meruncing, di mana Honda Jepun kini terpaksa menghentikan sementara tempahan bagi sesetengah model Civic di pasaran tersebut.

Dalam notis yang dipaparkan di laman web rasmi, Honda meminta maaf kepada para pelanggan telah telah menempah Civic di atas kesulitan yang dialami.
 

Civic


"Untuk memastikan penghantaran model Civic kepada pelanggan yang telah menempah berjalan lancar, kami kini perlu menghentikan penerimaan tempahan.

Antara model yang terkesan ialah Civic LX yang dilengkapi dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan (!) serta Civic e:HEV.
 

Civic


Sebelum ini, Honda Jepun menghentikan sementara tempahan bagi Civic Type R disebabkan masalah yang serupa.

Tiada sebarang jangkaan bilakah pelanggan boleh kembali menempah model Civic yang diinginkan.
 

Civic FL5


Ini kerana untuk makluman, tempahan bagi Civic Type R di sana masih lagi belum dibuka sejak jualan model tersebut dihentikan pada 19 Januari yang lalu.

Baca: Honda henti tempahan Civic Type R, masalah bekalan cip semikonduktor

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia adalah berpunca daripada masalah ketidaktentuan bekalan komponen yang diakibatkan oleh pandemik…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…
Berita Global
Para pembeli Civic Type R kini boleh merujuk senarai harga jualan rasmi yang baharu sahaja…