Dengan harga jualan yang agak mahal, ia bukanlah sebuah motosikal untuk kebanyakan pengguna marhaen, lebih sesuai bersifat sebagai barang simpanan (collector's item).

Jika anda rasakan harga jualan Super Cub C125 agak mahal, usah risau kerana Honda Jepun juga turut menjual model tersebut pada harga yang lebih kurang serupa selepas penukaran matawang dibuat.
Terbaharu, Honda Jepun melancarkan skema warna biru baharu yang digelar sebagai Pearl Phosphorus Blue sebagai pilihan kepada warna Pearl Nebula Red dan Matte Axis Grey Metallic.

Selain daripada warna baharu, Honda turut menawarkan pembalut pelana berwarna perang bagi membeli yang memilih warna Pearl Nebula Red
Secara keseluruhannya, spesifikasi asas C125 Super Cub ini masih lagi kekal tidak berubah.

Enjin silinder tunggal 123 cc sejukan udara itu berupaya menjana kuasa setinggi 9.8 PS @ 7,500 rpm dan daya kilas 10 Nm @ 6,250 rpm.
Ciri lain termasuklah roda aluminium tuang yang sangat bergaya, sistem kunci SMART Key, serta sistem pencahayaan LED, tidak ketinggalan sistem brek ABS saluran tunggal.
Di Jepun, Honda Super Cub C125 dijual pada harga bermula dari 451,000 yen atau RM14,350 setelah pertukaran kadar mata wang semasa (MYR1 = JPY31.43).