Honda Super Cub C125 ABS 2022, RM16k di Amerika Syarikat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Super Cub C125 ABS 2022
Honda Super Cub C125 ABS 2022
Siri Honda Super Cub sememangnya motosikal legenda. Sejak diperkenalkan pada tahun 1958, motosikal ini telah mencatatkan jualan lebih daripada 100 juta unit di seluruh dunia.

Seluruh dunia bermaksud negara maju seperti Amerika Syarikat bahkan Super Cub di antara tiga produk terawal Honda yang dijual pada tahun 1959.

Honda terus menjual Siri Super Cub di AS dan hanya dihentikan pada tahun 1974 atau 15 tahun selepas Honda 50 pertama kali diperkenalkan di sana.

Selepas lama tiada pengganti, Super Cub kembali semula ke AS pada tahun 2018 dengan membawa pengaruh reka bentuk asal dan bernadikan enjin yang lebih canggih.

Kekal ditawarkan sehingga sekarang, Honda Amerika memperkenalkan pula Super Cub C125 ABS 2022 dengan enjin yang dipertingkatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Super Cub C125 pasaran Jepun
Honda Super Cub C125 pasaran Jepun

 

Sebelum AS, Super Cub dengan kuasa lebih tinggi diperkenalkan di Jepun seperti yang dilaporkan kami pada September lalu.

Secara asasnya, enjin Super Cub C125 ABS 2022 pasaran AS mempunyai lejang lebih panjang dengan pertambahan kuasa.

Satu lagi perkara menarik apabila berat Super Cub 2022 turun kepada 900 gram.

Enjin Super Cub 2022 mempunyai ukuran bore dan stroke baharu iaitu 50 mm x 63.1 mm berbanding 52.4 mm x 57.9 mm pada model terdahulu. 

Nisbah mampatan ditingkatkan kepada 10.0:1 daripada 9.3:1 dan angka-angka yang dinyatakan ini sama seperti Super Cub C125 di Jepun.

Honda Amerika tidak menyatakan kuasa Super Cub 2022 dan sebagai rujukan model Jepun sedikit bertambah dari 9.7 ps kepada 9.8 ps dan tork kekal dengan 10 Nm.

 

Honda Super Cub C125 Pearl Niltaba Blue Jepun
Honda Super Cub C125 pasaran Jepun

 

Cumanya, tork itu dicapai pada 7,500 rpm berbanding 5,000 rpm pada model terdahulu. Sama seperti versi sebelum ini, Super Cub 2022 menggunakan sistem pancitan bahan bakar PGM-FI. 

Turut baharu pada Super Cub 2022 ialah kotak udara lebih kecil yang direka supaya padan dengan enjin yang dipertingkatkan.

Rekaan itu melancarkan aliran udara pada bahagian sisi penapis dan bersama tiub penyambung dan kedudukan penyuntik baharu membantu dalam mempertingkatkan tunggangan atau driveability.

Seperkara lagi yang diberi perhatian adalah bahagian dalam ekzos. Luar nampak sama tetapi tidak di sebelah dalam.

Super Cub 2022 menggunakan pemangkin (catalyzer) tunggal dan lebih cekap berbanding jenis sepasang pada model terdahulu.

Honda Super Cub C125 ABS 2022

Honda turut memeta semula ECU bagi memaksimumkan prestasi dan kecekapan manakala output dari pengulangalik (alternator) juga ditingkatkan.

Dari segi reka bentuk, memang beginilah identiti Super Cub sejak dari era 60an.

Model pasaran AS nampak jahat dengan tema gelap atau dikenali sebagai Matte Gray Metallic.

Berkenaan harga, Honda Super Cub C125 ABS 2022 dijual pada $3,799 atau bersamaan RM16,037.

Pada tahun 2019, Boon Siew Honda membawa masuk Super Cub 125 ke pasaran tempatan dan dijual pada harga RM13,999.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…