Honda Super Cub 110, Cross Cub 110 dapat warna baharu di Jepun, dari RM9.4k

oleh Mohamad Hanif|
Anda tidak perlu merasa pelik apabila syarikat-syarikat motosikal tampil mengumumkan perubahan warna model-model yang ditawarkan di Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Amalan itu sebenarnya turut dipraktikkan di negara-negara tertentu demi memastikan penawaran model yang lebih malar segar walaupun tiada perubahan spesifikasi dibuat.

Ini kerana untuk makluman, model Super Cub 110 sebenarnya telah pun dikemaskini kira-kira setahun lepas dengan membawakan perubahan dari segi enjin baharu dan penampilan yang lebih bergaya.

Baca: Honda Super Cub 110 2022 dapat enjin baharu

 

cub


Di Jepun, Honda mengumumkan warna baharu untuk model motosikal Super Cub 110 dan Cross Cub 110 yang bakal dijual pada 14 Disember ini.

Untuk model Super Cub 110, ia mendapat warna baharu Flare Orange Metallic yang tampak garang, diikuti warna-warna lain termasuklah Glint Wave Blue Metallic, Tasmanian Green Metallic, Virgin Beige dan Classical White.
 

Cub


Sementara Cross Cub 110 pula boleh didapati dalam warna Matte Jeans Blue Metallic, diikuti warna Matte Armoured Green Metallic dan Pearl Deep Mud Gray.

Kedua-dua model tersebut dikuasakan oleh enjin 109 cc yang mampu menjana kuasa setinggi 8 PS @ 7,500 rpm dan daya kilas 8.8 Nm @ 5,500 rpm, dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan dengan nisbah gear baharu.
 

cub


Spesifikasi lain masih lagi sama, di mana ia didatangkan dengan set rim sport menggantikan roda lidi, sistem brek ABS saluran tunggal, serta panel meter LCD.

Di Jepun, Honda Super Cub 110 dijual pada harga bermula dari 302,500 yen (RM9,393) sementara Cross Cub 110 pula dari 363,000 yen (RM11,272).

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang baharu? Enjin dan beberapa kelengkapan lain yang membuatkan penulis terawang jika…