Honda Skuterama Edisi ke-3 bakal gegarkan AEON Mall Tebrau, 12-15 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat motosikal/skuter Honda di Johor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berikutan sambutan yang menggalakkan, Boon Siew Honda bakal menganjurkan Honda Skuterama Edisi Ketiga yang akan mengambil tempat di AEON Mall Tebrau bermula 12 hingga 15 Oktober 2023.

Sama seperti penganjuran Honda Skuterama yang terdahulu, acara hujung minggu ini bakal dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan, sesi mewarna untuk kanak-kanak, sudut MotoGP PS5, aktiviti cari perbezaan, simulasi tunggangan, serta dinding interaktif "Bersama Honda".

Menurut Mitsuharu Funase, Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda berkata, "kami sangat teruja dengan sambutan luar biasa yang diterima untuk dua edisi pertama Honda Skuterama.

"Edisi ketiga bakal menjanjikan acara yang lebih dinamik, menawarkan pelanggan kami satu lagi peluang untuk berhubung dengan jenama kami, dan menikmati pengalaman terbaik daripada apa yang Honda tawarkan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…