Honda RS150R 2022 kini dengan warna baharu, dari RM8,299

oleh Mohamad Hanif|
Biarpun Honda RS-X sudah pun dilancarkan secara rasmi, Boon Siew Honda masih lagi menawarkan model RS150R untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun 2022, Honda RS150R telah diperbaharui dengan penawaran warna Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue, dan Radiate Grey Metallic serta jaluran grafik serba baharu.
 

RS


Dari segi kuasa, Honda RS150R dijana oleh enjin silinder tunggal 149.2 cc yang mampu menghasilkan 15.8 kuasa kuda @ 9,000 rpm, daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm, dipadankan dengan transmisi enam nisbah kelajuan.

Spesifikasi masih lagi sama, seperti unit lampu utama LED, paparan meter digital, sistem suspensi fork teleskopik di hadapan, lengan ayun di bahagian belakang, diikuti dengan sistem brek cakera depan dan belakang.
 

RS


Harga jualan bermula dari RM8,299 (atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran).

Berita Berkenaan

Informasi
"Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar sah seluruh negara bermula 3 Jun 2023, dengan…