Honda panggil 1.79 juta unit kereta akibat masalah tingkap berkuasa

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak 1.79 juta unit kenderaan berjenama Honda terlibat di dalam empat kempen panggil semula yang berasingan dijalankan oleh Honda Motor Co. baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Selasa lalu, daripada jumlah tersebut 268,000 unit Honda CR-V model tahun 2002-2006 dipanggil untuk menggantikan suis tingkap berkuasa yang mampu mengakibatkan kebakaran.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun menurut Honda sebanyak 16 kes kebakaran dilaporkan berpunca daripada suis tingkap berkuasa itu.

Selain daripada itu, 735,000 unit Honda Accord, dan Accord Hybrid tahun 2018-2020 serta Honda Insight 2019-2020 turut dipanggil semula untuk proses kemaskini perisian Body Control Module.

Permasalahan dalam pengaturcaraan dikatakan mampu menjejaskan komunikasi antara komponen elektronik, sehingga menyebabkan ia gagal berfungsi dan beberapa lampu amaran menyala termasuklah paparan kamera undur, lampu membelok dan pengelap cermin.

 


Sementara itu, dua lagi kempen panggil semula yang dijalankan di Amerika Syarikat melibatkan 430,000 unit kenderaan di 22 buah negeri untuk memeriksa dan menggantikan aci pemacu hadapan.

Menurut Honda, terdapat kemungkinan aci pemadu kenderaan-kenderaan seperti Honda Civic Hybrid 2012, Honda Fit 2007-2014, Acura ILX 2013-2015, Acura ILX Hybrid 2013, dan Honda Accord 2013-2015 perlu digantikan akibat kakisan sehingga menyebabkan komponen tersebut berisiko patah.

Mujur setakat ini tiada sebarang kemalangan dilaporkan akibat kegagalan komponen aci pemacu serta perisian itu tadi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…