Honda NX500 rasmi di Malaysia - dari RM37,099

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda buat pertama kalinya di Malaysia Autoshow 2024 menampilkan motosikal crossover yang berkonsepkan moden street adventure iaitu Honda NX500.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Honda NX500 dinadikan dengan enjin 471cc, dua silinder selari, penyejuk cecair DOHC yang memberi kuasa output sehingga 49.6hp pada 8,500rpm dan kuasa tork sehingga 45Nm pada 6,500rpm.

NX500 tampil dengan roda yang lebih ringan berbanding model terdahulu, iaitu kurang sebanyak 3kg.

 

bsh

 

Tambahan itu, ia turut tampil dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang memberi pengalaman tunggangan yang lebih dinamik dan menarik.

Sistem HSTC mengawal suntikan bahan api berdasarkan data nisbah gelinciran roda belakang dari penderia kelajuan roda hadapan dan belakang untuk memastikan cengkaman optimum walaupun pada permukaan licin.

 

bsh

 

Turut disertakan dengan ciri assist and slipper clutch yang menggurangkan tekanan pada enjin ketika lakukan pertukaran gear sewaktu menunggang dalam pelbagai keadaan.

Selain itu, ia turut tampil dengan brek dwi-cakera di roda hadapan bersama Anti-lock Brake System (ABS), yang beri prestasi brek dan meningkatkan kawalan motosikal.

 

bsh

 

Ia juga menampilkan fork hadapan jenis terbalik jenama Showa SFF-BP yang mengoptimumkan pengendalian dan keselesaan motosikal yang unggul.

Dengan reka bentuk menarik, NX500 turut menampilkan sistem pencahayaan LED penuh kepada semua bahagian lampu, serta pada Emergency Stop Signal (ESS) yang pasti memberi visual yang lebih terang.

 

bsh

 

Selain itu, penunggang turut dapat menggunakan Honda Smartphone Voice Control (HSVC) melalui aplikasi Honda RoadSync yang disambungkan melalui telefon pintar.

Honda NX500 ditawarkan dengan tiga pilihan warna, iaitu Pearl Horizon White, Grand Prix Red and Matte Gunpowder Black Metallic dengan harga bermula dari RM37,099.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bakal dipertontonkan pada pengunjung bermula 22 hingga 26 Mei 2024, booth BSH turut memperkenalkan…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, ia dibekalkan dengan nadi 2 silinder bersesaran 399 cc sejukan cecair dengan…
Berita Global
Kecuali sportsbike Honda CBR500R yang masih lagi kekal dengan nama lama, Honda telah menjenamakan…