Honda N-BOX juara lagi, model terlaris Jepun dari Jan hingga Jun 2023!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda N-BOX EX
Honda N-BOX EX
Honda N-BOX popular di pasaran tempatan dan berdasarkan jumlah di atas jalan raya, sahih untuk diletakkan sebagai model kei-car Jepun terlaris di negara kita.

Satu lagi yang menarik, ada pemilik tidak membiarkan N-BOX mereka begitu sahaja dan mengubahsuainya.

Jadinya kita diberi dua kali nikmat iaitu menjamu mata kereta kotak Jepun dan gaya yang diubah suai. Begitulah 'suasano' dunia automotif tempatan sejak dulu lagi.

Bukan sahaja di pasaran tempatan, N-BOX terlebih dahulu popular di negara asalnya dan bertahun-tahun mendominasi angka jualan segmen kei-car dan kereta baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda N-BOX Sales Jan - June 2023

 

Sentiasa konsisten, Honda mengumumkan jualan N-BOX mencecah 112,248 unit dari Januari hingga Jun 2023.

Apa maknanya? N-BOX berada di tangga pertama jualan kereta baharu termasuk kereta yang didaftarkan dalam tempoh enam bulan tersebut.

Citarasa pengguna di Jepun dan tempatan nampak seperti ada pertalian tidak rasmi.

Kenapa N-BOX begitu popular? Penulis berasa hairan kerana Jepun merupakan ibu negara kei-car dan begitu banyak model dikeluarkan.

 

Honda N-Box 2020

 

Berdasarkan rupa N-BOX membawakan wajah serius dan garang atau dalam maksud lain, jauh dari comel. Apa yang jelas, N-BOX mampu menarik perhatian di atas jalan raya.

Menurut Honda, N-BOX mempunyai ruang dalam terbesar dalam kelasnya (panjang, lebar dan tinggi) dan dilengkapi Honda SENSING untuk kesemua varian.

N-BOX mempunyai prestasi pemanduan yang baik dan dipuji kerana prestasi dan kecekapan penggunaan bahan api dan digunakan pelbagai jenis pelanggan.

Honda N-Box

N-BOX 2023 mempunyai tiga varian utama iaitu EX, Custom EX Turbo dan Custom Special Edition STYLE+ BLACK.

Ada 19 varian ditawarkan dengan setiap satu dipecahkan pula mengikut pacuan roda depan (FF) dan empat roda (4WD).

Paling murah varian N-BOX G FF berharga 1,468,500 yen (RM47,596) dan 2,288,000 yen (RM74,165) untuk varian premium N-BOX Custom L Turbo Coordination Style.

Honda N-Box 2020

Berikut prestasi jualan siri N-BOX dari 2011 hingga Jun 2023:

  • 2011 - 2,860
  • 2012 211,155
  • 2013 234,994
  • 2014 - 179,930
  • 2015 - 184,920
  • 2016 - 186,367
  • 2017 - 218,478
  • 2018 - 241,870
  • 2019 - 253,500
  • 2020 - 195,984
  • 2021 - 188,940
  • 2022 - 202,197
  • 2023 - 112,248 (Januari hingga Jun)

Keseluruhan: 2,413,443 unit

Honda N-Box 2020

Jika berjaya mengekalkan momentum sehingga hujung tahun, N-BOX mungkin sekali lagi mencatatkan rekod sebagai kereta terlaris Jepun seperti 2022.

Kepada yang berkenan, harga N-BOX sekarang ini lebih rendah berbanding dahulu dan mudah ditemui di kedai import terpakai.

Walaupun rendah, anda perlu selidiki spesifikasi dan tahun buatan kerana seperti yang dinyatakan di atas, ada banyak jenis N-BOX di Jepun.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Honda N-Box 2020

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari 2011 hingga 2023, jualan melebihi 2.5 juta unit!   Buktinya, jualan siri N-BOX (N-BOX, N-…
Berita Global
  Honda N-BOX CUSTOM PREMIUM STYLE Sejak generasi sebelum ini dan kepada yang berhajat, terdapat…
Berita Global
Untuk kebanyakan model, Mugen menyediakan sehingga dua jenis spoiler hadapan, diikuti dengan…