Langkah ini merangkumi operasi pemasangan kenderaan di kilang Pegoh, Melaka, pusat jualan serta pengedar di seluruh negara, dan bakal memulakan semula operasi pada 15 Jun 2021.
Walaubagaimanapun, Honda Malaysia akan terus memberikan khidmat selepas jualan di seluruh negara dan menggalakkan para pengguna untuk memuat turun aplikasi HondaTouch bagi membuat temu janji dan mengelakkan masa menunggu yang lama.
Para pelanggan juga dinasihatkan supaya tidak datang terus ke pusat servis (walk-in) dan membuat temu janji terlebih dahulu (dalam radius 10 km dari rumah) untuk memastikan kenderaan mereka sedia untuk diservis.