Honda CR-V 2024 rasmi, empat varian, dari RM157,900 untuk 750 pembeli terawal

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan ketibaan model SUV segmen C, CR-V 2024 generasi keenam untuk pasaran tempatan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ditawarkan dalam empat varian utama, Honda CR-V 2024 boleh didapati dengan dua pilihan trenkuasa, iaitu nadi 1.5 liter VTEC Turbo berkuasa 193 hp dan 243 Nm, atau trenkuasa hibrid e:HEV 2.0 liter dengan janaan kuasa 184 hp dan 335 Nm.

Secara standard, CR-V baharu dibekalkan dengan sistem transmisi CVT, sementara varian hibrid e:HEV pula mendapat transmisi e-CVT.
 

CRV


Dari segi ukuran, CR-V 2024 membawakan dimensi sepanjang 4,691 mm, lebar 1,866 mm, tinggi 1,681 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,701 mm, diikuti jarak kelegaan tanah setinggi 198 mm (208 mm untuk varian AWD).

Berikut merupakan perincian ringkas bagi setiap varian yang ditawarkan:
 

CRV


Honda CR-V 1.5L S

Enjin 1.5 liter VTEC Turbo
193 hp @ 6,000 rpm, 243 Nm @ 1,700-5,000 Nm
Transmisi CVT
Sistem pacuan roda depan (2WD)
Rim aloi 17 inci
Sistem lampu utama LED penuh
Lampu membelok jenis sekuential
Tempat duduk larasan manual balutan fabrik
Tempat rehat tangan balutan kulit
Roda stereng urethane
Skrin paparan TFT tujuh inci
Skrin Display Audio tujuh inci
Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
Lapan pembesar suara
3 slot USB (USB-A depan, 2 USB-C belakang)
Sistem kawalan hingar aktif (ANC)
Lapan beg udara
Honda SENSING
Honda CONNECT
 

CRV


Honda CR-V 1.5L E
Tambahan kepada ciri di atas
Lampu kabus LED
Rim aloi 18 inci
Tempat duduk pemandu larasan lapan tahap, tempat duduk penumpang larasan empat tahap
Upholsteri balutan kulit
Fungsi memori untuk tempat duduk pemandu
Skrin Display Audio sembilan inci
Apple CarPlay tanpa wayar
Paddle shifter
Honda LaneWatch
Tambahan 1 slot USB-C depan
Pengecas peranti pintar tanpa wayar 15W
Penderia parkir depan
Penyeka kaca automatik
Pintu tailgate berkuasa bebas tangan, fungsi Walk-Away Close

Honda CR-V 1.5L V AWD
Tambahan kepada ciri di atas
Sistem pacuan semua roda (AWD)
Sistem kamera 360 darjah
Sistem pemantauan tekanan tayar
Reverse Auto Tilt Side Mirror
Kemasan tip ekzos
Sistem pencahayaan ambien
 

CRV


Honda CR-V 2.0L e:HEV RS 2WD
Tambahan kepada ciri di atas
Enjin 2.0L DOHC (Kitaran Atkinson)
Kuasa 148 hp @ 6,100 rpm, daya kilas 190 Nm @ 4,500 rpm
Motor elektrik 184 hp, daya kilas 335 Nm
Transmisi e-CVT
Pakej luaran RS
Rim aloi hitam 18 inci
Rel bumbung
Active Shutter Grille
Lampu Kabus belakang
Kad kunci
Skrin paparan TFT 10.2 inci
Skrin paparan head up (HUD)
Sistem audio BOSE 12 pembesar suara
Butang mod pemanduan
Active Sound Control
Adaptive Driving Beam
Kit tampal tayar
 

CRV


Untuk pasaran Malaysia, Honda CR-V 2024 dijual pada harga bermula dari RM159,900 untuk varian S, diikuti RM169,900 untuk varian E, sementara Honda CR-V 1.5L V pula berharga dari RM181,900.

Harga jualan Honda CR-V 2.0L RS e:HEV hanya akan diumumkan pada awal tahun hadapan.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-75, Honda Malaysia turut meraikan ulang tahun CR-V yang ke-20 sebagai model pengeluaran pertama mereka dari kilang Melaka.

Untuk tempoh terhad, Honda CR-V 1.5L S akan dijual pada harga bermula serendah RM157,900, di mana ia dikhususkan untuk 750 orang pelanggan terawal.

Honda Malaysia menyasarkan jualan CR-V baharu sebanyak 1,000 unit sebulan, selari dengan trend pasaran semasa dan permintaan terhadap SUV yang semakin meningkat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…