Honda Malaysia hulur sumbangan kepada enam rumah kebajikan di Melaka

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 26 hingga 28 Julai yang lalu, Honda Malaysia telah bekerjasama dengan Honda Malaysia Suppliers Club (HMSC) untuk menyalurkan sumbangan kepada komuniti lokal yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19.

Sumbangan berbentuk barangan keperluan seperti beras, tepung, telur, minyak masak, serta termasuk barangan kebersihan yang berjumlah RM40,000 itu disalurkan kepada enam buah rumah kebajikan di sekitar Melaka seperti Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa dan Warga Emas Alor Gajah, Pertubuhan Kebajikan Warga Emas dan Anak Yatim Victory, Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Harapan, Persatuan Kebajikan Sri Murni Insan Istimewa, Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna da Pusat Jagaan Pertubuhan Villa Harapan.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "tahun 2021 kini menjadi tahun yang mencabar buat Malaysia dengan peningkatan kes COVID-19, serta pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuatkuasa sejak Jun lalu. Keadaan ini sekaligus memberikan impak yang besar terhadap kehidupan seharian mereka yang tidak bernasib baik.

"Dengan inisiatif ini membolehkan Honda Malaysia menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dan berharap agar sumbangan ini mampu meringankan beban mereka. Kami juga berharap program vaksinasi yang sedang berjalan pada ketika ini mampu mengekang penularan COVID-19 dan membawakan persekitaran yang lebih selamat buat rakyat Malaysia," ujarnya lagi.

Honda Malaysia juga turut memastikan setiap pergerakan penghantaran sumbangan mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Serentak dengan itu, Honda Malaysia komited memastikan kesemua tenaga kerja di seluruh negara…
Berita Domestik
  “Kami berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan yang berkorban nyawa demi…
Berita Domestik
Dengan harga bermula dari RM113,954.82, Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD 2021 kini mendapat ciri…