Honda Jazz Mugen, BR-V Special Edition dilancarkan untuk pasaran Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Malaysia hari ini mengumumkan penawaran terbaharu bagi dua buah model terlaris di dalam pasaran, iaitu Honda Jazz Mugen dan juga Honda BR-V Special Edition. 

Kedua-dua model khas ini dihadkan produksinya kepada 300 unit sahaja. 

Seperti namanya, Jazz Mugen didatangkan dengan penawaran kit badan keliling daripada Mugen yang memberikan imej penampilan yang lebih sporty, terdiri daripada:

  • Front Aero Bumper
  • Lampu kabus hadapan LED
  • Gril hadapan Sport
  • Side Under Spoiler
  • Rear Under Spoiler
  • Tailgate Spoiler


Honda Jazz Mugen ditawarkan pada harga RM88,600 untuk warna Modern Steel Metallic dan RM88,720 untuk warna White Orchid Pearl.
 


Manakala crossover tujuh tempat duduk Honda BR-V Special Edition pula didatangkan dengan aksesori baharu pada bahagian luaran seperti:

  • Tailgate Spoiler
  • Running Board
  • Side Step Garnish

Untuk tujuan hiburan, sistem infotainmen Honda BR-V Special Edition ini didatangkan dengan skrin paparan bersaiz 6.8 inci dengan ciri sambungan kepada telefon pintar. 

Honda BR-V Special Edition ditawarkan dalam dua warna baharu iaitu Passion Red Pearl dan White Orchid Pearl, masing-masing dijual pada harga RM90,700 dan RM91,000. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…