Honda jadi jenama Jepun pertama pasang EV penumpang di Thailand

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda Motor menjadi syarikat automotif pertama Jepun yang menghasilkan kenderaan elektrik di Thailand.

SUV model e:N1 mula dipasang di kilang Honda di Prachinburi, timur Thailand dan ia akan mula dijual di pasaran itu pada suku pertama tahun 2024.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Jumlah pemasangan, harga dan spesifikasi untuk model yang dipasang di Thailand itu masih tidak diumumkan.

Toyota pula sebenarnya telah memasang EV komersil awal bulan ini di mana trak pikap elektrik yang dihasilkan adalah untuk sektor komersil.

Peningkatan jualan EV sebanyak 13 peratus di Thailand pada bulan Oktober lalu menunjukan negara itu semakin aktif dalam segmen EV dan ini adalah punca utama kenapa Jepun bertindak agresif di sana.

Lebih kurang 80 peratus jualan kenderaan di Thailand adalah dari jenama Jepun dan jenama China hanya kukuh di dalam segmen EV sahaja.

Pemasangan EV di Thailand juga bakal membuka ruang untuk Malaysia menerima model yang sama pada harga yang lebih menarik. Honda Malaysia tidak memberikan sebarang pengumuman berkaitan EV di pasaran tempatan.

Namun begitu, persaingan EV akan menjadi lebih menarik bila China menerima tentangan dari pemain-pemain lain yang lebih berpengalaman.

Laporan penuh di Asia Nikkei.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit kuasa Honda CBR1000RR-R FIREBLADE SP   Enjin dengan ukuran gerek 81 milimeter (mm) dan…
Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda N-VAN e: 2024 mampu bergerak sejauh 210 km (datal WLTC…
Berita Global
Panggilan semula itu menjejaskan lebih 750,000 unit kereta Honda dan Acura keluaran dari 2020…