Menurut laporan AutoIndustriya, Honda Cars Philippines mengumumkan penutupan kilang pemasangan Honda yang sudah beroperasi sejak 1990-an terletak di Santa Rosa, Laguna.
Ini bermakna, Honda tidak akan lagi memasang model-model CKD di sana seperti Honda BR-V dan Honda City.
Dalam satu kenyataan media, Honda Filipina dikatakan mahu menyelaras semula operasi di kedua-dua rantau Asia dan Oceania dan dalam erti kata lain, jumlah jualan BR-V dan City nampaknya tidak begitu memberangsangkan pada ketika ini.
Dengan penutupan kilang pemasangan di Filipina, Honda akan menggunakan kapasiti pengeluaran sepenuhnya di Thailand sebagai hab produksi utama ASEAN untuk memenuhi pasaran sekitarnya.
Selain daripada Honda, beberapa pengeluar utama turut membuat langkah yang sama sebelum ini seperti Ford dan juga Isuzu yang menghentikan pemasangan trak pikap D-Max di sana.
Sumber: AutoIndustriya
Sumber gambar: TopGear PH