Honda bakal perkenal SUV kompak pertamanya, jualan BR-V bakal dihentikan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi mengukuhkan lagi barisan model nya pada tahun 2023, Honda Malaysia bakal melancarkan tiga model serba baharu dan satu model facelift, dimana salah satunya merupakan SUV kompak pertama mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Melalui strategi perniagaannya menjelang tahun 2023, Honda menyasarkan untuk mencapai jumlah jualan sebanyak 80,000 unit kereta dengan pegangan pasaran sebanyak 12.3 peratus.

Antara yang dinantikan tahun ini adalah ketibaan model SUV kompak pertama Honda yang ditunggu-tunggu, iaitu Honda WR-V yang bakal dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Dengan pengumuman ketibaan SUV kompak baharu itu, Honda Malaysia turut menyampaikan satu berita sedih mengenai penghentian jualan model crossover nya iaitu Honda BR-V.

Honda BR-V merupakan antara crossover tujuh tempat duduk dengan tawaran harga menarik yang telah berada di pasaran Malaysia semenjak tahun 2017.

 

2

 

Bagi meningkatkan lagi khidmat untuk pelanggan, Honda Malaysia juga bakal memperkenalkan 2S (Servis dan Alat Ganti) Pit Stop yang bakal mengukuhkan lagi khidmat selepas jualannya dan memenuhi kehendak pelanggan sedia ada serta baru.

Sebagai tambahan, Honda juga akan meningkatkan lagi sistem Honda CONNECT yang merangkumi Keselamatan dan ciri Kemudahan kereta mereka.

Honda CONNECT bakal diperkenalkan dalam model lain sebagai tambahan kepada City RS, City Hatchback RS, Civic RS, Civic e:HEV RS dan HR-V e:HEV RS untuk membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati pelbagai fungsi tersebut.

 

3

 

Selain itu juga , platform HondaTouch akan dinaik taraf untuk meningkatkan pengalaman yang lancar kepada pelanggan Honda dengan menjadikannya lebih ringkas dan mudah diakses.

Pada tahun 2022, Honda Malaysia berjaya mencatat jualan sebanyak 80,290 unit dimana ianya mencatatkan peningkatan sebanyak 51 peratus berbanding pada tahun 2021.

Angka jualan tersebut mewakili sebanyak 11.1 peratus Jumlah Volum Industri (TIV) pada tahun 2022, menjadikan Honda Malaysia sebagai jenama bukan nasional nombor 1 untuk 9 tahun berturut-turut.

 

Baca: Honda WR-V pasaran Thailand

Baca: Honda WR-V peroleh 5 bintang ASEAN NCAP

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…