Honda, GM bentuk pakatan strategik di Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Honda dan General Motors pada minggu lalu mengumumkan pembentukan kerjasama strategik khusus untuk pasaran Amerika Utara.

Di bawah terma 'pakatan', kedua-dua pengeluar automotif itu bakal bekerjasama membangunkan dan menghasilkan platform kenderaan elektrik, serta trenkuasa yang bersesuaian dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembangunan.

Selain daripada itu, Honda dan GM juga mahu melabur besar bagi teknologi masa hadapan untuk dimuatkan pada kenderaan mereka.

Sebelum ini, Honda dan General Motors telah pun menjalinkan kerjasama untuk membangunkan dua buah model EV, di mana GM akan meminjamkan platform modular serta bateri Ultium untuk  Honda.

Sementara Honda pula akan memberikan input kejuruteraan terhadap platform GM sebelum diperluaskan penggunaannya terhadap model yang dibangunkan.

Malah, Honda juga turut menjamin produk yang dihasilkan akan mengekalkan karakter rekaan masa kini Honda, khusus untuk para pelanggan mereka.

Selain daripada membangunkan platform kenderaan serta trenkuasa, pakatan Honda-GM juga akan menyentuh aspek-aspek lain seperti pembelian bersama, serta kolaborasi R&D untuk teknologi sistem bantuan pemanduan termaju, infotainmen dan sistem mobiliti terhubung. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat dari negara itu telah menghasilkan pelbagai jenis basikal dan motosikal elektrik yang…
Berita Global
Satu divisyen baharu akan ditubuhkan di bawah nama Electrification Business Development Operations…
Berita Global
  Jika ada yang terpesona dengan warna Nardo Grey, ketahuilah bahawa puluhan tahun dulu Honda…