Honda Fit (Jazz GK) terus dijual di Amerika Syarikat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Fit atau Jazz generasi keempat baru sahaja diperkenalkan di Tokyo pada 23 Oktober lalu. Menarik tentang Jazz apabila ada yang mengatakan sesetengah pasaran bakal menerima bentuk badan berbeza ala hatchback.

Strategi ini dipraktiskan oleh Toyota melalui Yaris yang berbeza bentuk untuk pasaran Eropah dan Asia. Jazz sememangnya sebuah model menarik dan dijual di banyak buah negara dari Asia Tenggara sehingga Amerika Syarikat.

Meskipun model baharu diperkenalkan di Tokyo, Honda Amerika memaklumkan Fit generasi ketiga (GK) bakal menemui pelanggan di bilik pameran bermula 16 Disember.
Modenas
Honda Fit (Jazz) Amerika Syarikat 2020

 

Kami tidak pasti sama ada Fit baharu akan diperkenalkan di AS atau tidak namun pemakluman ini bermakna Fit GK akan terus berada di AS sekurang-kurangnya setahun lagi.

Fit GK pertama kali diperkenalkan di AS pada Jun 2014 dan walaupun melepasi norma penawaran lima tahun model ini masih kekal menarik.

Fit 2020 hadir dengan pelbagai kelengkapan seperti transmisi enam kelajuan manual dan Honda Sensing®.

Tawaran di AS bermula dengan varian Fit LX sehingga Sport, EX dan EX-L. Fit LX dan Sport ditawarkan dengan transmisi enam kelajuan manual. 

 

Honda Fit (Jazz) Amerika Syarikat 2020

 

Fit EX dilengkapi Honda Sensing® sebagai ciri standard manakala Fit EX-L ditambah dengan balutan kulit. Dua lagi varian iaitu Fit LX dan Sport tanpa Honda Sensing®.

Teknologi Honda Sensing® terdiri daripada pelbagai sistem bantuan pemanduan seperti Collision Mitigation Braking System™ (CMBS™) dengan Forward Collision Warning (FCW) dan pedestrian detection, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation (RDM) with Lane Departure Warning (LDW) dan lampu puncak automatik. 

Fit pasaran AS digerakkan enjin 1.5 liter i-VTEC™ berkuasa 130 hp dan tork 154 Nm dengan padanan transmisi CVT.

 

Honda Fit (Jazz) Amerika Syarikat 2020

 

Kelengkapan standard untuk kesemua varian Fit ialah kamera belakang, spoiler, lampu automatik buka dan padam, lampu belakang LED, Bluetooth® dan konsol tengah pelbagai fungsi. 

Untuk warna pula terdapat tujuh pilihan iaitu Orange Fury, Lunar Silver Metallic, Modern Steel Metallic, Crystal Black Pearl, Milano Red, Aegean Blue Metallic dan Platinum White Pearl.

Harga Honda Fit 2020 yang disyorkan Honda bermula dari USD$16,190 (RM66,937) untuk varian asas LX 6MT dan USD$20,620 (RM85,253) bagi varian paling premium EX-L CVT.

Honda Fit pasaran AS dipasang di kilang Honda yang terletak di Celaya, Mexico.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini kerana, semenjak Honda Civic Type R Limited Edition membuat kemunculan rasmi di peringkat…
Berita Global
Ini kerana Honda sendiri tidak mempunyai perancangan untuk menjual hatchback EV tersebut di pasaran…
Berita Domestik
Warna Platinum White Pearl ini pertama kali diperkenalkan oleh Honda Malaysia menerusi model MPV…