Honda CT125 Trail Cub 2020 - dari RM17,656 di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu model yang menarik perhatian umum pada acara Tokyo Motor Show tahun lalu adalah sebuah model rugged yang mengimbau kembali motosikal klasik era 1980 Honda CT110, iaitu Honda CT125.

Lebih dikenali sebagai Honda Trail Cub/Hunter Cub, ia lebih sesuai untuk dilihat sebagai model Super Cub dengan jarak pergerakan suspensi yang lebih panjang, dan tayar yang lebih besar dikhususkan untuk meredah off-road yang ringan.

Unit kuasa Honda CT125 berkongsi unit enjin yang sama pada Super Cub dan Monkey, iaitu enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 125 cc.

 


Namun, tidak seperti model yang disebutkan di atas, sedikit talaan telah diberikan untuk Honda CT125 ini supaya menghasilkan daya kilas pada putaran enjin yang lebih rendah, iaitu 11 Nm pada 4,500 rpm berbanding 10 Nm pada model Monkey.

Ini memberikan Honda CT125 lebih prestasi terutama ketika mengharungi jalanan yang tidak rata.

 


Pengendalian juga turut disumbangkan dengan sistem suspensi dengan jarak pergerakan yang lebih panjang, iaitu 109 mm berbanding 88.9 mm pada Honda Super Cub.

Apa lagi?

 


Tangki bahan api juga bersaiz lebih besar, iaitu 5.3 liter yang mampu memberikan jarak perjalanan sehingga 354 kilometer untuk setangki penuh, serta sistem ABS saluran tunggal untuk memastikan tayar tidak terkunci sewaktu pengendalian kecemasan.

Honda akan mula menjual model CT125/Hunter Cup ini di Jepun bermula Jun 2020 dengan harga jualan dari 440 ribu yen (RM17,656).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada tahun 1975 Honda memperkenalkan CT125 dengan enjin 125cc dan ia sebenarnya direka untuk…