Honda CT125 bakal dibawa ke Pameran Kenderaan Tokyo (TMS) 2019

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mula-mula Honda keluarkan Super Cub yang merupakan jelmaan semula model ikonik dan kemudian disusuli oleh Monkey. Kedua-dua model itu berjaya membangkitkan nostalgia berpuluh tahun dahulu.

Apa pula rancangan Honda selepas ini? Giliran CT125 dan model konsep ini bakal dibawa ke Pameran Kenderaan Tokyo (TMS) 2019 bermula 25 Oktober 2015.

CT125 adalah model versi lasak kepada Honda Cub dan pertama kali diperkenalkan pada tahun 1964. Generasi pertama ialah CT200 Hunter Cub menggunakan enjin 87 cc tiga kelajuan. CT200 Trail 90 pula dikeluarkan pada tahun 1965 dengan gear empat kelajuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Super Cub C125

Pada tahun 1975 Honda memperkenalkan CT125 dengan enjin 125cc dan ia sebenarnya direka untuk kegunaan  ladang. Motosikal untuk ladang di Australia ini kemudiannya dieksport ke Amerika Syarikat dan Kanada pada tahun 1977.

Sejarah Honda CT memang panjang dengan pelbagai siri, bermula dari 1964 motosikal ini berakhir dengan CT250S Silk Road yang dikeluarkan pada tahun 1981.

Selepas berpuluh tahun CT125 bakal dihidupkan kembali dan walaupun sekadar model konsep, sejarah kemunculan semula Monkey dan CB1000R membayangkan Honda serius dengan apa yang dipamerkan mereka.

Honda Monkey

CT125 membawa warisan CT yang lama dengan fender depan besi, peredam bunyi di atas enjin, carrier belakang besar dan lebar, saluran kemasukan udara yang tinggi, penapis udara sisi dan reka bentuk ringkas.

Menurut Honda, motosikal ini sesuai untuk digunakan sebagai tunggangan harian dan juga outdoor.

Jika Honda mengeluarkan CT125 ini kelak, penulis harap ia dipasarkan pada harga mampu milik dan bukan pada aras harga Super Cub dan Monkey baharu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Lebih dikenali sebagai Honda Trail Cub/Hunter Cub, ia lebih sesuai untuk dilihat sebagai model…