Honda CR-V FCEV bakal dilancarkan di Jepun, US 2024, guna bahan api hidrogen!

oleh Mohamad Hanif|
SUV segmen C Honda CR-V generasi keenam dijangka akan muncul dalam versi kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV) pada tahun hadapan.

Model prototaip CR-V FCEV yang dimaksudkan itu muncul buat kali pertama di acara Super Taikyu Series 2023 bertempat di Litar Fuji, hujung minggu yang lalu.
 

FCEV


Spesifikasi sistem sel bahan api yang bakal digunakan pada CR-V FCEV itu masih lagi belum didedahkan.

Menurut Honda, ia merupakan sistem sel bahan api generasi baharu yang dibangun menerusi kerjasama dengan GM.
 

FCEV


Berbanding sistem FCEV yang terdapat pada model Clarity, Honda dan GM telah berjaya mengurangkan kos pembangunan sebanyak satu pertiga, serta menambah baik tahap ketahanan dan rintangan terhadap suhu rendah.

Selain daripada kegunaan di dalam kenderaan peribadi, Honda turut menyasarkan sistem ini digunakan di dalam industri logistik dan pembinaan pada masa akan datang, dengan kos yang rendah, serta ketahanan yang lebih tinggi berbanding enjin diesel.

Sumber: Car Watch

Berita Berkenaan

Berita Global
Sedan Honda FCX Clarity telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2018 lagi, dan sempat bertahan…