Honda CR-V FCEV 2025, boleh isi hidrogen, atau cas macam EV biasa

oleh Mohamad Hanif|
Mungkin tidak ramai yang tahu, Honda juga merupakan antara pihak terawal yang sudah pun mempunyai produk kereta hidrogen yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedan Honda FCX Clarity telah pun wujud di pasaran sejak tahun 2018 lagi, dan sempat bertahan selama dua generasi sebelum model tersebut ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2021.

Semangat hidrogen yang dibawakan oleh FCX Clarity itu akan diteruskan oleh kehadiran model baharu juga berkuasa hidrogen, iaitu CR-V FCEV yang dilengkapi dengan sistem trenkuasa sel bahan api dan pek bateri.

 


Ini bermakna, SUV ini bukan sahaja boleh dikuasakan oleh bahan api hidrogen, pemilik juga boleh mengecas SUV ini seperti sebuah EV biasa.

Satu ciri yang nyata sangat memudahkan, memandangkan buat masa ini tidak banyak infrastruktur pengisian hidrogen tersedia di semua tempat.
 

fcev


Biarpun sarat dengan pelekat samaran, CR-V FCEV menunjukkan beberapa perbezaan yang kecil, seperti contoh rekaan bampar yang sedikit berbeza namun mengekalkan logo H biru yang sama seperti varian RS.

Selain itu, unit lampu belakang juga didatangkan dengan perumah jenis jernih, bukannya perumah berwarna merah seperti CR-V standard.
 

FCEV


Berdasarkan video yang dimuat naik, Honda CR-V ini mampu menyokong pengecasan dua arah yang membolehkan SUV ini digunakan sebagai sumber tenaga untuk perkakasan elektronik - seperti contoh mesin pembancuh kopi.

Menurut laporan terdahulu, Honda CR-V FCEV ini akan ditawarkan bukan sahaja di pasaran Amerika Utara, malah ia juga akan turut mendarat di pasaran Jepun.

CR-V FCEV ini akan dipasang di kilang Honda Marysville, Ohio.

Berita Berkenaan

Berita Global
Model prototaip CR-V FCEV yang dimaksudkan itu muncul buat kali pertama di acara Super Taikyu…