Honda CR-V dapat 5-Bintang ujian Asean NCAP

oleh DIANA ISMADI|
Modenas

Honda CR-V merupakan kenderaan pertama yang telah mendapat pengiktirafan lima bintang dengan skor keseluruhan 88.70 mata. Daripada jumpah skor tersebut, skor bagi AOP adalah 47.25 mata, 22.84 mata bagi COP dan 18.71 mata bagi SAT.

 

Honda CR-V telah dipasarkan di Asia Tenggara pada April 2017 di Thailand. CR-V didatangkan dengan dua beg udara di bahagian hadapan, "three point seatbelts" dan pengingat tali pinggang keledar (SBR) bagi kedua belah pemandu dan penumpang sebagai ciri standard.

 

crv

 

Antara ciri keselamatan lain yang ditawarkan adalah beg udara sisi, beg udara, "curtain airbag", teknologi "blind spot" dan "driver attention monitor". 

 

Ciri keselamatan lain;
Electronic Stability Control (ESC)
Brek Anti Kunci (ABS)
ISOFIX

 

CR-V telah dilancarkan pada Julai 2017 di Malaysia dan ia dijual dari harga bermula RM142,000 hingga RM168,000.

 

Model premium dengan spesifikasi paling lengkap tetapi pacuan 2WD menjadi pilihan utama, di mana ia membuktikan bahawa sebuah crossover tidak perlu ada fungsi AWD atau 4X4.

crv

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada 12 kategori tersebut, lima kategori telah dimenangi oleh Toyota menerusi anugerah berikut…
Berita Global
Acara ASEAN NCAP Grand Prix Awards ini bertujuan untuk meraikan pencapaian tertinggi di dalam aspek…
Berita Domestik
Antara projek yang telah dikenalpasti adalah program penafaran keselamatan yang khusus untuk…