Honda CR-V bakal terima varian hibrid

oleh HEZERI SAMSURI|
Honda nampaknya akan menghasilkan varian hibrid untuk SUV popular mereka, CR-V.

Syarikat nombor satu di Malaysia (segmen bukan nasional) itu pernah berkata ia mahu dua pertiga dari jualannya terdiri dari kenderaan dengan sistem bateri (termasuk hibrid), dan CR-V bakal jadi pemula.

Varian hibrid bakal hadir dengan enjin 2.0L digabungkan dengan dua motor elektrik, menghasilkan 212 hp (lebih tinggi dari CR-V turbo sekarang pada 190 hp sahaja).

Walaupun tenaga meningkat, penggunaan bahan api menurun 50 peratus dari varian biasa.

Careta yakin CR-V hibrid akan diperkenalkan dalam bentuk CKD di Malaysia agar layak menerima insentif cukai dan taraf EEV.

Careta juga sangat yakin ia akan muncul dengan perubahan facelift sekali untuk SUV tersebut.

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Pergerakan secara konvoi dengan kedudukan konvoi didahului dengan Proton Saga diikuti kereta…
Informasi
  Untuk model Honda HR-V  tahun pembuatan 2019, jumlah penjimatan bermula RM4,000 dan RM4,500 bagi…
Berita Domestik
Dua daripada model paling laris Honda Malaysia, Jazz dan City nampaknya menjadi pendahulu di dalam…