Ini bermakna, Indonesia juga merupakan negara keempat di Asia Tenggara yang menerima kehadiran Civic Type R selepas pasaran Vietnam, Filipina dan juga Thailand.
Honda Civic Type R 2023 (kod FL5) ini membawakan nadi KC20C1 2.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 320 PS dan daya tork 420 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan dan LSD pada gandar depan.
Selain itu, kelengkapan standard untuk Civic Type R termasuklah rim bersaiz 19 inci, sistem brek Brembo, sistem data logger Honda LogR, ciri keselamatan Honda SENSING, dan empat mod pemanduan yang tersedia.
Ruang kabin hot hatch ini menerima kemasan dan susun atur papan pemuka yang lebih minimalis, terdiri daripada tempat duduk sports eksklusif, plet Type R pada papan pemuka, meter kluster 10.2 inci dan skrin infohibur bersaiz sembilan inci.
Pada hari pelancaran, pihak HPM turut mengadakan upacara penyerahan kereta kepada 10 orang pemilik pertama Civic Type R 2023, di mana setiap seorang pemilik akan diberikan sebuah kotak khas yang mengandungi kunci Civic Type R, kunci berbentuk kad, dan diecast Civic Type R beserta dengan plet yang diukir nombor kod casis dan nama pemilik.
Untuk makluman, harga jualan sebuah Honda Civic Type R 2023 bermula dari Rp 1,399,000,000 bersamaan dengan RM411,583 berdasarkan pertukaran matawang semasa.
Terdapat lima warna yang boleh dipilih termasuklah Championship White, Rallye Red, Racing Blue Pearl, Crystal Black Pearl, dan Sonic Grey Pearl.