Honda CB150R Streetfire untuk pasaran Indonesia - dari RM8,643

oleh Mohamad Hanif|
Dulu, para peminat Yamaha disajikan dengan model naked aras mula FZ-150 yang datang dengan beberapa versi rekaan lampu utama sebelum ia tenggelam dan akhirnya 'digantikan' oleh pendatang baharu Yamaha MT-15 pada penghujung tahun lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk peminat Honda pula, dulu-dulu seingat penulis terdapat model reraup penuh CBR150R dengan rupa paras yang tidak langsung garang, sebelum ditamatkan penawarannya, sehinggalah sekarang.

Itu dulu, sebelum Malaysia kini dibanjiri dengan pelbagai jenis motosikal aras mula, termasuklah Modenas dan KTM yang mula menawarkan versi masing-masing.

 


Di pasaran Indonesia yang kita sedia maklum begitu pesatnya penjualan model motosikal di sana, terdapat penawaran baharu bagi model streetbike iaitu Honda CB150R Streetfire 2021.

Model yang dikemaskini itu menampilkan rekaan badan yang lebih muskular selari dengan elemen yang dibawakan pada CB500F, dan kelengkapan seperti fork hadapan USD Showa 37 mm, lampu LED depan dan belakang, serta sistem brek cakera tanpa bantuan ABS.

Honda CB150R Streetfire dikuasakan oleh enjin 149.2 cc silinder tunggal DOHC yang menghasilkan 16.6 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm, serta padanan transmisi enam kelajuan.

 


Kapasiti tangki bahan api pula adalah sebesar 12 liter.

Varian edisi khas mendapat beberapa penambahan ciri seperti belly cowl, rim dengan kemasan burnt titanium, serta penawaran warna Fury Matte Red, Raptor Matte Black dan Armored Matte Grey.

Harga jualan pula bermula dari 29,700,000 rupiah (RM8,643) atau 30,700,000 rupiah (RM8,934) untuk versi edisi khas.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Walaupun hanya dengan sesaran enjin 150cc, motosikal ini tidak kalah dari segi rupa. Tangki…