Honda Civic di New Zealand ditawarkan dalam varian RS dengan Honda Sensing

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dua model baharu yang ditawarkan Honda Malaysia memang impresif. CR-V dilengkapi teknologi canggih Honda Sensing manakala HR-V 2019 pula tampak lebih mewah dan sporti dengan varian RS.

Cuma apa khabar Honda Civic? Setelah beberapa tahun sudah sampai masanya model ini diberi kemasan baharu dan tambahan teknologi supaya terus kekal menambat hati pengguna.

Tambahan pula Proton X70 yang berada dalam lingkungan harga Civic menerima sambutan hangat pengguna.

Mungkin juga Civic facelift bakal ditawarkan di pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan lagi? Boleh jadi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Honda Civic RS

 

Honda Civic facelift sebenarnya sudah dilancarkan di beberapa buah negara seperti Thailand, Vietnam, India dan terbaru New Zealand.

Menariknya di tiga buah negara iaitu Thailand, Vietnam dan New Zealand  ada satu persamaan varian iaitu Civic RS.

Satu lagi perkara menarik ialah Civic di Thailand dan terbaru di New Zealand dilengkapi teknologi Honda Sensing.

Varian RS keluaran Honda biasanya tampil dengan perbezaan kosmetik dan ada juga yang hadir dengan rombakan semula tahap pengendalian seperti HR-V RS pasaran tempatan.

Di New Zealand, Honda Civic RS facelift yang baru diperkenalkan pada 13 Mac lalu hadir dengan teknologi ekstra iaitu Honda Sensing.

 

Honda Civic RS

 

Teknologi keselamatan aktif yang dilengkapi terdiri daripada Lane Departure Warning, Adaptive Cruise Control dengan Low-speed Follow, Lane Keep Assist System, Road Departure Mitigation, Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System dan Auto High Beam Support System.

Pada bahagian luaran, Honda Civic RS dilengkapi roda aloi baharu berukuran 18 inci dengan kombinasi tayar 235/40 ZR18 95Y Michelin Pilot Sport 4.

Bampar depan juga baharu dan untuk varian RS dibezakan dengan gril berwarna hitam piano sama seperti HR-V RS.

Ciri-ciri lain Civic RS ialah High Beam Support System, cermin sisi dengan lipatan automatik, kerusi dengan sulaman berwarna merah dan warna eksklusif Phoenix Orange Pearlescent.

Honda Civic RS Thailand
Honda Civic RS Thailand - Rim aloi dan warna berbeza dengan Civic RS New Zealand.

 

Honda Civic RS Sensing dipasarkan di New Zealand pada harga $39,990 atau bersamaan RM 112,039.

Civic adalah model paling lama di dalam barisan produk dan model terlaris Honda dengan jualan sudah melebihi 25 juta unit sejak tahun 1972.

'Tazaba' rasanya untuk menunggu Civic facelift diperkenalkan di pasaran tempatan selain tertanya-tanya adakah varian RS dan Honda Sensing bakal ditawarkan?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

*1 NZD = RM 2.801

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…
Berita Global
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT   Honda menukar kawalan DCT pada julat…