Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid, e:HEV tetapi ada tambahan pilihan varian baharu iaitu varian e:HEV SV.
Dari segi spesifikasi enjin, sama seperti model sebelum ini, ia didatangkan dengan enjin P10A6, 1.0 liter tiga silinder sebaris berkuasa turbo dengan 122 PS dan 173 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan.

Bagi versi hibrid, e:HEV, ia mengabungkan enjin LEB8, 1.5 liter empat silinder berkuasa maksimum 98 PS dan 127 Nm bersama motor elektrik yang dikuasakan dengan bateri Litium-ion menghasilkan kuasa maksimum sehigga 109 PS dan 253 Nm.

Untuk versi 1.0 Turbo, bahagian reka bentuk luaran varian SV dan RS menerima perubahan pada reka bentuk bampar hadapan dan belakang.

Selain itu, ciri sistem keselamatan Honda SENSING turut ditambah, dan reka bentuk dalaman turut diperbaharui dengan skrin makluman pemanduan TFT 4.2 inci serta mendapat sistem sambungan tanpa wayar Apple CarPlay pada infotainmen.

Perbezaan yang dilakukan untuk dua varian ini adalah, untuk varian RS, ia menerima tempat duduk kulit dan kulit sintetik, untuk model sebelum ini ia mengunakan kulit sintetik dan suede.

Manakala bagi versi e:HEV, sama seperti versi 1.0 liter, varian SV dan RS menerima perubahan pada reka bentuk luaran iaitu, reka bentuk bampar hadapan dan juga belakang.
Selain itu, turut ditambah dengan sistem untuk mengekalkan kelajuan mengikut kenderaan di hadapan pada kelajuan rendah LSF (Low Speed Following).

Kedua-dua varian itu turut menerima ciri tambahan seperti menghidupkan kereta menggunakan kunci kawalan jauh dan mengunci kereta secara automatik apabila berjalan keluar dari kereta.
Perbezaan yang antara dua varian ini adalah, model RS akan menerima bumbung atas berwarna hitam.

Untuk pilihan warna, bagi model 1.0 Turbo, terdapat enam pilihan warna iaitu Taffeta White, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl dan Ignite Red Metallic.
Manakala bagi versi hibrid, e:HEV, turut mendapat enam pilihan warna iaitu, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl, Ignite Red Metallic dan Brilliant Sporty Blue.
Terdapat warna yang perlu ditambah dengan harga lain iaitu Platinum White Pearl (tambah 10,000 baht bersamaan RM1,300), Sonic Grey Pearl dan Crystal Black Pearl (tambah 6,000 baht bersamaan RM800)
Harga jualan bagi City Hatchback Minor change terbaharu ini di Thailand adalah seperti berikut;
Versi 1.0 Turbo
City 1.0 Turbo Hatchback S+ : 599,000 baht (RM79,700)
City 1.0 Turbo Hatchback SV : 679,000 baht (RM90,400)
City 1.0 Turbo Hatchback RS : 749,000 baht (RM99,800)
Versi e:HEV
City e:HEV Hatchback SV : 729,000 baht (RM97,000)
City e:HEV Hatchback RS : 799,000 baht (RM106,400)
SUMBER : Headlightmag