Honda City Edisi Khas berharga RM75,955 sempena kempen Road to 900K Unit Milestone

oleh SALINA JALIL|
Honda Malaysia telah memperkenalkan Edisi Khas untuk model tertinggi angka jualan dalam B-segment mereka, iaitu Honda City dalam dua warna pilihan White Orchid Pearl dan Passio Red Pearl.


Edisi khas ini didatangkan dengan beberapa penambahan yang akan memudahkan pemilik kenderaan itu sendiri.

 

Mengulas mengenai Edisi Khas ini, Encik Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia berkata, "Selama bertahun-tahun, Honda City telah menjadi model segmen B paling laris di Malaysia.

 

Sebagai satu cara untuk memberi lebih nilai kepada rakyat Malaysia yang sangat menyokong Honda Malaysia, kami telah membuat keputusan untuk memperkenalkan Edisi Khas ini dengan harga yang menarik iaitu RM75,955 ** bersempena dengan Kempen 900,000th Unit Milestone kami.

 

Semua dijemput untuk merebut peluang dengan hanya melawati mana-mana 98 pengedar Honda kami di seluruh negara untuk melihat, memandu ujian dan menempah Edisi Khas ini!".

 

 

 

Terdapat empat ciri penambahan pada Honda City Edisi Khas ini iaitu:

 

i. Digital Video Recorder (DVR) / Perakam Video Digital di bahagian hadapan dan belakang

 

city rear camera

 

 

ii. Alat pembaca toll (Build in Toll Reader) 

 

city 1

 

iii. Visor pintu (door visor)

 

city visor

 

iv. Trunk organiser (tempat penyimpanan barang)


 

 

City merupakan penyumbang jualan terbesar untuk Honda Malaysia dengan 34 peratus jumlah jualan. Ia juga berjaya mengekalkan kedudukan pada tempat pertama dalam B-Segment sejak bulan Januari sehingga Julai 2019 ****. 

 

Di Malaysia, City menyumbang 50 peratus di rantau sentral, diikuti dengan rantau Selatan iaitu sebanyak 20 peratus dan di rantau Utara pula pada kadar 19 peratus bagi angka jualan keseluruhan antara bulan Januari hingga Julai 2019.

 

 

 

** harga atas jalan tanpa insurans (Semenanjung Malaysia)

*** cuma terdapat dalam varian E sahaja

**** data dari  rekod Honda sendiri

 

Untuk spesifikasi dan sesi pemanduan Honda City, sila  rujuk kepada video ini:

 

 

 

Maklumat lanjut tentang Edisi Khas ini boleh didapati di www.honda.com.my 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, "Honda…
Berita Global
Fasiliti yang dibina atas tanah berkeluasan 2.56 juta meter persegi ini mempunyai bilangan pekerja…
Berita Domestik
Sebelum ini kami pernah mendengar khabar angin dari negara jiran yang mendakwa Honda Jazz 2020…