Honda CBR600RR 2021 mendarat di Malaysia - 120 hp/63 Nm, bermula dari RM98,888

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman kuasa yang menjadi tunjang utama di dalam perlumbaan motosikal seperti FIM Supersport World Championship, Asia Road Racing Championship dan All Japan Road Race Championship, Boon Siew Honda ada jawapannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Honda CBR600RR 2021.

Dilancarkan di peringkat global pada tahun lalu, motosikal super sport 600 cc ini akhirnya secara rasmi mendarat di pasaran tempatan, dan disifatkan sebagai sebuah Super Sport bersaiz ideal untuk kegunaan seharian.

 


Ia dikuasakan oleh nadi empat silinder sebaris 599 cc sejukan cecair yang mampu menjana 120 kuasa kuda @ 14,000 rpm dan daya kilas maksimum 63 Nm @ 11,500 rpm, dibantu dengan sistem transmisi quick shifter dan klac Assist/Slipper.

Antara teknologi terkini yang dimuatkan pada Honda CBR600RR ini adalah Unit Pengukuran Inersia (IMU), Honda Electronic Steering Damper (HESD), Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Engine Control Unit (ECU) bagi memastikan kestabilan jentera ketika sedang memecut atau mengambil selekoh.

 


Selain daripada itu, terdapat tiga mod tunggangan yang ditawarkan iaitu Fast Riding, Fun Riding dan Comfortable Riding, selain opsyen untuk menetapkan dua lagi mod tunggangan berdasarkan lima tahap kuasa, sepuluh tahap HSTC, empat kawalan wheelie dan tiga kawalan brek enjin.

Sistem brek terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor berkembar bersaiz 310 mm di hadapan, diikuti dengan angkup omboh tunggal dan rotor 220 mm di bahagian belakang, dibantu dengan sistem brek ABS dua saluran.

 


Aspek tunggangan dibantu dengan penggunaan suspensi fork hadapan jenis terbalik 41 mm boleh laras sepenuhnya, diikuti suspensi Showa Pro-Link di bahagian belakang.

Untuk pasaran Malaysia, hanya warna tunggal Grand Prix Red sahaja ditawarkan untuk Honda CBR600RR dengan harga jualan bermula dari RM98,888.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dicanangkan sebagai Honda CBR600RR-R, ia merupakan penerus generasi CBR600RR yang telah dihentikan…