Baby Fireblade: Honda CBR600RR-R bakal dilancarkan Oktober ini!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa minggu yang lalu, majalah Jepun Young Machine telah membuat bayangan bahawa Honda sedang membangunkan model Triple R dengan kapasiti enjin yang lebih rendah berbanding Fireblade CBR1000RR-R.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dicanangkan sebagai Honda CBR600RR-R, ia merupakan penerus generasi CBR600RR yang telah dihentikan produksinya pada tahun 2016 atas alasan kos pembangunan yang diperlukan bagi memenuhi peraturan emisi Euro 4 pada ketika itu.

Setelah empat tahun, baby Fireblade itu difahamkan bakal dilancarkan bersempena dengan Thailand MotoGP yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Dengan pengenalan model baharu CBR600RR-R ini, ia sudah pasti hadir dengan spesifikasi yang mematuhi regulasi pelepasan emisi terkini Eropah.

Setakat ini, tiada sebarang butiran berkenaan spesifikasi Honda CBR600RR-R namun kami menganggarkan ia bakal membawakan persamaan elemen daripada Honda CBR1000RR-R serta nadi empat silinder sebaris yang dipertingkatkan daripada Honda CBR600RR.

Sumber: RideApart