Honda CBR250RR 2024 - kuasa dipertingkatkan, livery Tricolor baharu - dari Rm27,999

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan versi terbaharu motosikal 250cc sensasi dalam kelas saingannya iaitu Honda CBR250RR 2024 serba baharu dengan kuasa yang dipertingkatkan, ciri-ciri termaju dan reka bentuk canggih.

Honda CBR250RR kekal menggunakan enjin dua silinder 250cc lapan injap, penyejuk cecair, DOHC dengan kuasa yang dipertingkatkan 1.3hp menjadikan kuasa outputnya 41.5hp pada 13,000rpm dan 25Nm tork pada 11,000rpm.

Penambahbaikan ini memastikan lebih kuasa dan tunggangan yang mengujakan bagi peminat dalam motosikal anjakan enjin yang lebih kecil.

 

cbr

 

CBR250RR baharu juga mempunyai reka bentuk enjin yang diperhalusi, termasuk nisbah mampatan yang dipertingkatkan, diameter inlet port throat yang lebih besar, piston dan oil ring tension yang dioptimumkan, serta timing dan lift valve yang dikemas kini.

Penambahbaikan ini menyumbang kepada pecutan yang lebih berkuasa dan terkawal, menjadikan motosikal lebih responsif dan lancar.

cbr

Selain itu, isipadu combustion chamber telah dikurangkan daripada 7.55 kepada 7.00 cm3, mengubah nisbah mampatan daripada 12.1 kepada 12.5.

Diameter inlet port throat telah dibesarkan daripada 21.4 kepada 21.6 mm untuk meningkatkan kapasiti intake, manakala piston dan oil ring tension yang dioptimumkan mengurangkan geseran, meningkatkan prestasi enjin.

Tambahan itu, naik taraf utama yang dilakukan kepada CBR250RR ialah pada suspensi upside-down (USD) Separate Function Fork – Big Piston (SFF-BP).

 

cbr

 

Sistem suspensi termaju ini menstabilkan daya damping dan membolehkan menampung beban semasa menunggang secara agresif, serta meningkatkan kedua-dua pengendalian dan keselesaan tunggangan.

Ia menampilkan suspensi USD SHOWA dengan lejang 130 mm, Φ37-slide pipe, dan kadar spring yang ditetapkan semula, memberikan kestabilan dan ketangkasan merentas pelbagai keadaan tunggangan.

Antara ciri yang dikekalkan adalah klac Assist dan slipperTM, yang mengurangkan beban operasi tuil klac dan Quick shifter meningkatkan untuk keselesaan penunggangan.

 

cbr

 

Selain itu, masih dikekalkan ABS dua saluran serta sistem Throttle-By-Wire (TBW) menawarkan tiga mod tunggangan—Sport+, Sport, dan Comfort—membolehkan penunggang menyesuaikan pengalaman menunggang.

CBR250RR baharu merangkumi konsep ‘aggressive speedy shape', yang menampilkan postur agresif, tepi tajam dan struktur padat yang menampakan motosikal lebih besar.

 

cbr

 

Geometri cowl yang dioptimumkan dan aerodinamik canggih mengurangkan rintangan udara sebanyak enam peratus, memberikan prestasi unggul dan penampilan yang menarik.

 

cbr

 

Honda CBR250RR serba baharu didatangkan dua pilihan warna iaitu Mat Zodiac Blue Metallic dan Honda Tricolor dengan harga bermula dari RM27,999.

Untuk maklumat lanjut, layar www.hondabigbike.com.my atau kunjungi Honda BigWing berhampiran.

 

cbrcbr

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perubahan yang ketara adalah angka output di mana enjin 250 cc dua silinder itu kini mampu…