Honda CBR250RR 2021 dilancarkan - lebih berkuasa, bermula dari RM33 ribu!

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas pelancaran Kawasaki Ninja ZX-25R, giliran Honda pula memperkemaskan penawaran Honda CBR250RR dengan membawakan beberapa peningkatan dan naiktaraf untuk model tahun 2021 itu.

Perubahan yang ketara adalah angka output di mana enjin 250 cc dua silinder itu kini mampu menghamburkan kuasa setinggi 41 PS pada putaran enjin 13,000 rpm dan daya kilas maksimum 25 Nm pada 11,000 rpm.

Peningkatan kuasa tersebut dicapai menerusi penukaran bentuk piston baharu, aci pengimbang yang lebih kecil, serta rod penghubung yang lebih kuat, sekaligus meningkatkan nisbah mampatan enjin.

 


Selain daripada ciri klac Slipper/Assist, Honda CBR250RR SP juga hadir dengan ciri standard Quick Shifter dengan empat mod pilihan bagi memudahkan penukaran gear ketika tunggangan.

Namun, membezakan antara model CBR250RR dengan pesaing di dalam segmennya adalah ciri yang lebih maju seperti pendikit ride-by-wire, penawaran lampu LED depan dan belakang, fork hadapan USD, paparan meter LCD serta tiga mod tunggangan.

 


Honda CBR250RR kini boleh didapati dalam empat warna pilihan iaitu Matt Gun Powder Black Metallic, Grand Prix Red, Grand Prix Red berjalur biru serta Pearl Glare White.

Sementara pasaran Indonesia pula menerima model Honda CBR250RR SP yang hadir dengan grafik unik Garuda X Samurai.

Harga jualan Honda CBR250RR 2021 di Jepun bermula dari 821,700 yen, atau RM32,945 mengikut kadar pertukaran mata wang semasa.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Honda memperkenal CBR250RR 2025 untuk pasaran Jepun. Model 2025 hanya melibatkan warna…
Pelancaran Motosikal
Honda CBR250RR kekal menggunakan enjin dua silinder 250cc lapan injap, penyejuk cecair, DOHC dengan…
Berita Global
  Model 2022 menerima reraut (fairing) dan ekor baharu yang menyerlahkan lagi karakter ala…