Honda CBR250RR 2023 diperkenal di Jepun, warna Pearl Glare White baharu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda CBR250RR 2023 Jepun
Honda CBR250RR 2023 Jepun
Nampak seperti baharu namun Honda CBR250RR telah dikeluarkan sejak November 2016.

Selang beberapa tahun atau pada Julai 2020, model sensasi ini menerima perubahan enjin yang menghasilkan 40.2 kuasa kuda (hp) dan tork 25Nm berbanding 38.1 hp dan tork 23.2Nm.

Pada penghujung 2020, peminat yang sudah lama berhajat boleh tersenyum apabila CBR250RR dilancarkan di pasaran tempatan.

Honda sekali lagi mengemaskini spesifikasi CBR250RR dan dilancarkan di Indonesia pada September 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda CBR250RR 2023 Jepun

 

Model 2022 menerima reraut (fairing) dan ekor baharu yang menyerlahkan lagi karakter ala superbike besar.

Selepas Indonesia, kini tiba masa untuk pengguna di Jepun merasai CBR250RR yang akan diedarkan pada 20 Februari.

Apa yang menarik ialah warna putih dengan jalur kelabu atau dikenali sebagai Pearl Glare White dan bersama kerangka warna hitam menyerlahkan imej CBR250RR yang sederhana.

Sebelum ini sudah ada pilihan CBR250RR warna putih dan diganding bersama kerangka merah dan nampak agresif.

 

Honda CBR250RR 2023 Jepun

 

Honda memaklumkan model ini mematuhi peraturan emisi ekzos 2020 di Jepun dengan enjin MC51E 249 cc menghasilkan 41.4 hp pada 13,500 rpm dan tork 25Nm pada 10,750 rpm.

Komponen enjin seperti gelang omboh, kepala silinder, aci sesondol dan liang kemasukan telah diberi perhatian bagi meningkatkan output maksimum.

Tugas menyerap hentakan dijalankan oleh set suspensi depan baharu Showa SFF-BP (separate function front fork big piston).

Turut dilengkapi sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk membantu ketika tunggangan di atas permukaan licin.

 

Honda CBR250RR 2023 Jepun

 

Juga didatangkan sebagai ciri standard ialah lampu kecemasan dengan isyarat berhenti kecemasan yang berfungsi semasa brek mengejut pada kelajuan tinggi.

Ada tiga warna yang boleh dipilih pengguna Jepun iaitu Grand Prix Red, Matte Ballistic Black Metallic dan Pearl Glare White.

Harga pula tidak sama dengan warna Grand Prix Red dijual pada 907,500 yen (RM30,464.79) dan sedikit murah untuk dua lagi warna iaitu 869,000 yen (RM29,163.66)

Honda menyasarkan untuk menjual 4,500 unit CBR250RR setahun di Jepun.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Honda CBR250RR 2023 Jepun