Sama seperti Honda City sedan, City Hatchback bakal ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa, dimulakan dengan trenkuasa hibrid e:HEV i-MMD (109 PS/253 Nm) dan pilihan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC (121 PS/145 Nm).
Meneruskan ciri yang terdapat pada model Jazz terdahulu, Honda City Hatchback menampilkan tempat duduk ULTRA Seats dengan empat konfigurasi yang boleh dipilih seperti Utility, Long, Tall dan Refresh.
Salah satu ciri yang pertama di dalam segmennya adalah Remote Engine Start (varian V dan RS e:HEV) yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin dan pendingin hawa terlebih dahulu sebelum memasuki kereta.
Selain daripada itu, City Hatchback juga dilengkapi dengan corong pendingin hawa baris kedua secara standard, serta brek parkir elektrik (EPB) untuk model RS e:HEV.
Untuk City Hatchback RS e:HEV, Honda melengkapkan varian tertinggi itu dengan kemasan yang lebih eksklusif merangkumi:
- gril depan hitam piano berkilat
- cermin sisi hitam berkilat
- kemasan gril bawah, kemasan lampu kabus dan bampar belakang
- diffuser
Untuk varian RS e:HEV dan V pula didatangkan dengan lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus LED, lampu belakang LED, serta rim aloi bersaiz 16 inci.
Ciri keselamatan Honda SENSING turut dimuatkan pada model RS e:HEV yang merangkumi:
- kawalan jelajah adaptif (ACC)
- sistem brek mitigasi pelanggaran (CMBS)
- amaran pelanggaran depan (FCW)
- sistem bantuan pengekalan lorong (LKAS)
- mitigasi keluar jalan (RDM)
- amaran keluar laluan (LDW)
- lampu suluhan tinggi automatik (AHB)
- Honda LaneWatch (V & RS e:HEV)
Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo menjelaskan, "sejak Jazz diperkenalkan pada tahun 2003, lebih daripada 122,000 unit hatchback tersebut telah terjual sehingga kini.
"Honda Jazz lebih dikenali kerana tahap praktikaliti dan versatil yang tersendiri, dan kami percaya dengan pengenalan City Hatchback serba baharu ini akan menaikkan lagi tanda aras di dalam pasaran tersebut.