Honda Brio baharu dilancarkan di Indonesia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda pada hari ini memang maju. Pelbagai model dikeluarkan daripada yang kecil sehinggalah trak pikap. Honda pada asalnya membuat kereta kecil sahaja seperti Civic generasi pertama.

Model tersebut merupakan pencetus kejayaan kepada Honda di Amerika Syarikat dan Civic terus membawa pulangan lumayan.

Semakin lama model itu membesar dan dikeluarkan dalam pelbagai jenis bentuk badan. Sekarang ini dalam bentuk fastback pula dan turut mempunyai varian paling laju di litar Nurburgring.

Apa jadi dengan konsep Civic generasi pertama? Model ini tampil bersahaja dengan enjin ekonomikal, ringkas dan saiz kompak.

Faktor tersebut menyebabkan Civic generasi pertama digemari ramai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Brio

 

Apabila melihat model Brio generasi kedua ini fikiran terus terlintas akan Civic generasi pertama. Saiz yang kompak, bentuk badan hatchback dan teknologi ringkas.

Jika Civic adalah model global yang dipasarkan di banyak negara, Brio hanya ditawarkan di negara terpilih sahaja.

Pada 2 Ogos lalu Honda Prospect Motor (HPM) telah melancarkan Honda Brio generasi kedua sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2018. 

Menariknya Indonesia adalah pasaran pertama di dunia yang ditawarkan dengan model ini. Selain Indonesia, Brio generasi pertama dipasarkan di Thailand, India, Afrika Selatan dan Filipina.

Brio adalah kereta paling kecil dalam barisan model-model Honda dan jika di negara kita ia berada satu segmen dengan Perodua Axia, Kia Picanto dan Hyundai i10.

Honda Brio

Berikut ialah ringkasan menarik tentang Honda Brio generasi pertama dan kedua:

  • Model generasi pertama dilancarkan di Indonesia pada 2012
  • Pada 2013, Honda memperkenalkan Brio Satya yang dikelaskan dalam kategori Kenderaan Hijau Kos Rendah (LCGC)
  • Pada 2016, Honda melancarkan Brio rekaan dan ciri-ciri baharu
  • Selain varian standard, Honda turut menawarkan Brio RS yang merupakan versi paling sporti
  • Sehingga Julai 2018 sebanyak 237,272 Brio terjual di Indonesia
  • Brio turut menerima 32 anugerah dari pelbagai media Indonesia
  • Brio generasi kedua dikuasakan oleh enjin 1.2 liter i-VTEC 
  • Output kuasa enjin ini ialah 90 ps pada 4,800 rpm dan tork 110 Nm pada 6,000 rpm
  • Model baharu ini dibangunkan melalui pemerhatian terhadap input dan keperluan pelanggan Indonesia
  • Transmisi pilihan ialah lima kelajuan manual dan CVT
  • Model paling asas dilengkapi dengan ABS dan EBD serta dua beg udara

Honda Brio

Jika ada yang tertarik dan tertanya sama ada Honda Malaysia bakal menawarkan model ini di pasaran tempatan jawapannya ialah tiada kepastian.

Pelanggan tempatan agak cerewet tentang spesifikasi dan kelengkapan terutama sekali jika menyebut tentang jenama Honda. Model ini pula adalah berada dalam segmen ekonomi ala Proton Saga dan Perodua Axia.

Tentang harga pula, tiada maklumat rasmi mengenainya dan sebagai ukuran harga Brio generasi pertama bermula dari RM 37,318 sehingga RM 50,697.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…