Honda bakal kembali bersaing dalam kategori 400 cc 4 silinder

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kemunculan semula jentera sportbike kelas permulaan dan pertengahan dengan enjin 4 silinder oleh Kawasaki melalui model Ninja ZX-25R dan ZX-4RR nampaknya membuahkan hasil apabila ianya berjaya menambat hati para penunggang seluruh dunia.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Kehadiran kedua-dua model itu dilihat berjaya menghasilkan revolusi baharu untuk kelas motosikal berkapasiti kecil dalam pasaran, sekaligus menjadi penanda aras bagi pengeluar jenama lain.

Cukup dilihat melalui salah satu model yang baru mendarat di pasaran Malaysia melalui Modenas baru-baru ini, iaitu ZX-25R yang dilihat sebagai kejayaan terbaharunya untuk memperkenalkan semula jentera 250 cc dengan enjin 4 silinder sebaris.

 

2

 

Menurut laporan media Jepun, Young-Machine, satu lagi jenama gergasi Jepun iaitu Honda dilapor bakal menyertai persaingan dalam kelas tersebut.

Edisi terbaharu dari Young-Machine mendedahkan Honda telah kembali menghidupkan semula projek 400 cc 4 silinder yang bakal menghasilkan beberapa model baharu termasuk CB400, CB400SB dan CBR400RR.

3

 

Melihat kepada sejarah, Honda mula menghasilkan jentera 400 cc 4 silinder seawal tahun 80-an menerusi pengenalan CBR400 (NC17), di mana ia juga model pertama yang menggunakan lencana CBR.

Menjadi antara jentera paling berkuasa dalam kelas pada eranya, ianya dikuasakan nadi 399 cc 4 silinder DOHC sejukan udara yang mampu menghasilkan sehingga 59 HP pada 13,000 rpm dan 38 Nm pada 7,500 rpm.

 

Sumber: motomalaya & Young-Machine

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Model ini bermula sebagai CBF125 yang mula dikeluarkan di India pada 2008 dan dijual di United…
Berita Global
Kecuali sportsbike Honda CBR500R yang masih lagi kekal dengan nama lama, Honda telah menjenamakan…
Berita Global
Amalan itu sebenarnya turut dipraktikkan di negara-negara tertentu demi memastikan penawaran model…