Menjelang akhir November tahun lalu, Honda telah melancarkan sebuah lagi skuter di bawah genre yang sama, iaitu ADV 350.

Berita baik buat para peminat skuter adventure, di mana menurut RideApart, Honda dilaporkan bakal membawa masuk model ADV 350 untuk pasaran Asean dalam masa terdekat.
Baca: Honda ADV 350 2022
Honda ADV 350 dibangunkan menggunakan asas Forza 350 yang menampilkan enjin silinder tunggal 330 cc dengan kuasa 28.8 hp dan daya kilas 31.5 Nm.

Sama seperti X-ADV, ADV 350 banyak membawakan rekaan yang agresif, termasuk unit lampu LED berkembar, cermin penghadang angin boleh laras, serta ciri praktikal untuk kegunaan harian.
Difahamkan, Honda ADV 350 akan dilancarkan di Thailand pada bulan Mac ini, diikuti oleh pasaran lain di Asia Tenggara.
Sumber: RideApart