Skuter dengan enjin eSP (enhanced Smart Power) 4-lejang silinder tunggal SOHC sejukan cecair bersaiz 330cc itu menghasilkan 29.2hp dan 31.5Nm dengan tangki sebesar 11.7L.
Pihak JPJ juga dikatakan sudah melakukan ujian VTA untuk membenarkan ia dijual di Malaysia dan ada pihak pengedar Honda yang sudah mula membuka senarai nama tempahan.
Ada desas desus yang mengatakan harga ADV 350 ini bermula dari RM32,000 sehingga RM36,000. Jika ini benar, nyawa Forza 250 mungkin akan terancam kerana harganya sudah mencecah RM28,000 di kedai-kedai wakil pengedar Honda - terlalu hampir dengan ADV 350.
Honda nampaknya tidak ada perancangan lagi untuk melancarkan model ADV250 untuk pasaran Asia Tenggara. Ia mungkin merugikan kerana model dengan enjin 250cc mampu memberi saingan kepada XMAX 250 bagi pasaran Malaysia dan Indonesia.
ADV 350 sekarang ini dijual di Thailand dengan harga bermula dari RM24,000. Thailand juga turut menawarkan model Forza 350 yang dijual dengan harga bermula dari RM23,600.